Memaparkan catatan dengan label rawatan setempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rawatan setempat. Papar semua catatan

Rabu, 15 Mac 2017

Pusat Rawatan darussyifa

http://www.darussyifa.org/jenisrawatan.php

JENIS RAWATAN PENYAKIT
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.
Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.
Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.
1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

Rawatan Jarak Jauh: Sejauhmanakah Keberkesanannya?
Apakah sebenarnya Rawatan Jarak Jauh ini? Adakah ianya dibenarkan dalam Islam? Apakah hukumnya? Apakah dalil sohih tentangnya? Bolehkah penyakit sembuh melalui Rawatan Jarak Jauh? Sejauhmanakah keberkesanannya? Di manakah logik dan kebenarannya? Rawatan Jarak Jauh: Praktikaliti vs Fantasi? Atau satu penipuan?

Apakah sebenarnya Rawatan Jarak Jauh ini?
Dalam kebanyakan kes, maksud Rawatan Jarak Jauh adalah merupakan rawatan atau perubatan yang dijalankan ke atas Pesakit dari jauh, yakni keadaan di mana lokasi Perawat adalah di tempat yang lain dari lokasi Pesakit (sejauh beberapa kilometer atau beratus-ratus kilometer atau beribu-ribu kilometer).

Adakah ianya dibenarkan dalam Islam? Hukum dan dalil sohih tentangnya?
Bagi menjawab persoalan di atas, perkara yang paling utama perlu diambilkira ialah tentang bagaimana, kaedah dan teknik yang digunakan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh tersebut. Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi HARAM sekiranya seseorang Perawat/Bomoh itu menggunakan kaedah sihir dan ilmu hitam, yakni yang mengaitkan jin dan syaiton (kadangkala disebut sebagai pendamping, panglima, wali, tok sheikh, puteri, roh orang yang telah meninggal dunia dan seumpamanya lagi) atau perkara-perkara syirik dan khurafat yang lain seperti menggunakan bahan-bahan kotor lagi haram, gambarajah, jamuan, ancak, mentera pemujaan, menenung nasib dan sebagainya lagi; yang bertentangan dengan Syariat Islam.

Perlu dinyatakan bahawasanya, sihir dan ilmu hitam (peringkat tinggi) boleh dilaksanakan secara jarak jauh - dengan syarat-syarat tertentu yang diberikan oleh syaiton kepada Perawat/Bomoh berkenaan.

Terdapat 3 perkara yang sangat penting sebagai panduan asas di dalam perihal Perubatan Islam, yakni: Iktiqad, Niat dan Perbuatan. 3 perkara ini mesti betul berada di landasannya dan tidak menyimpang dari Syariat Islam. Maka, sebagai orang yang beriman adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan Rawatan Jarak Jauh yang dijalankan adalah beriktiqad hanya semata-mata melakukan ikhtiar kerana Allah SWT dan kepada Allah SWT jua tempat memohon pertolongan. Hendaklah juga beriktiqad bahawasanya tidak ada kuasa dan daya upaya penyembuhan, melainkan dari Allah SWT jua. Sesungguhnya Allah SWT yang menjadikan penyakit (sebagai hikmah dan kifarah), maka hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya.

Niat (tujuan) Rawatan Jarak Jauh yang dilakukan itu mestilah di atas tujuan yang baik, bukan bertujuan untuk menganiaya, menyakiti, merosakkan, memusnahkan atau sebarang keburukkan ke atas orang lain mahupun diri sendiri. Tetapi, ketahuilah bahawa 'Niat Tidak Menghalalkan Cara'. Maka, justeru itulah perbuatan bagi tatacara Rawatan Jarak Jauh itu mestilah tidak bertentangan dengan Syariat Islam. Melalui perlakuan ibadah yang sangat dituntut seperti: Solat, Membaca Al-Quran, Berzikir, Berdoa dan Bersedekah - maka lahirlah teknik-teknik Rawatan Jarak Jauh yang dibenarkan dalam ISLAM, malahan sangatlah dituntut oleh Islam demi mendekatkan diri orang yang melaksanakannya dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN BERSABAR DAN DENGAN (MENGERJAKAN) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (MENOLONG) ORANG-ORANG YANG SABAR” ( Al-Baqoroh: 153)

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82)

“Maka INGATLAH KEPADAKU NESCAYA AKU AKAN INGAT KEPADAMU. Dan BERSYUKURLAH KEPADAKU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN NIKMATKU)” (Al-Baqoroh: 152)

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERZIKIRLAH KALIAN SEMUA KEPADA ALLAH DENGAN ZIKIR YANG BANYAK.” (Al-Ahzab: 41)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH.......

Artikel tulisan:
Cikgu Indera Saifullah 
https://www.facebook.com/indera.saifullah
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com