Rabu, 15 Mac 2017

Ustaz Abdullah Idris

013-4479610

( mengikut syarak)

Sepanjang tempoh saya melakukan rawatan untuk pesakit yang mengalami gangguan jin, banyak cerita-cerita yang saya dengar dari para pesakit saya. Mereka ini pernah mendapatkan rawatan dengan perawat lain sebelum datang untuk mendapatkan rawatan dari saya.

Mereka menceritakan ada perawat yang merawat mereka mengatakan mereka ini telah disihir oleh sifulan. Ada perawat lain pula yang mengatakan mereka ini ada saka keturunan, dan macam-macam lagi. Tetapi apa yang agak memelikkan saya ialah semua yang dikatakan oleh perawat-perawat ini berdasarkan rawatan yang dilakukan secara jarak jauh. Contohnya menggunakan gambar, nama dan sebagainya.

Bolehkah? Benarkah? Kaedah ini syar’i ke tak?

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini, saya nak kongsikan dengan anda dua perkara yang menjadi asas dalam tulisan saya kali ini.

1) Percaya kepada perkara ghaib adalah ciri-ciri orang beriman

Allah s.w.t berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5, bermaksud:

“Alif, Laam, Mim. (1) Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya), dan ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya (5)”
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan dengan jelas tentang ciri-ciri orang yang beriman. Saya taknak highlight kan semuanya. Saya nak fokuskan pada ciri yang pertama sekali berdasarkan ayat di atas, iaitu beriman kepada perkara ghaib.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara ghaib?

Ghaib menurut istilah adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia, tetapi kewujudannya dibenarkan oleh al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Oleh kerana itu, apabila seseorang menafikan atau tidak mempercayai perkara ghaib, samalah seperti orang itu mengingkari agama Islam itu sendiri.

Antara perkara-perkara yang termasuk di dalam perkara ghaib ialah:

Syurga
Neraka
Soalan kubur
Alam jin
Alam malaikat
Masa lalu
Masa depan
Tapi yang menjadi masalah dalam masyarakat kita ialah mereka taksub dengan individu-individu yang ada kebolehan tentang perkara ghaib. Bahkan masyarakat kita menganggap orang-orang yang tahu perkara ghaib ini adalah orang yang warak, alim dan dekat dengan Allah. Hingga Allah buka hijab kononnya. Sedangkan al-Quran menerangkan yang sebaliknya.

2) Tidak ada seorang pun makhluk Allah yang tahu persoalan ghaib

Jangan terpedaya dengan kata-kata kononnya seseorang itu diberi kelebihan oleh Allah sehingga dia dapat mengetahui persoalan ghaib. Bagaimana ada yang berani mengaku yang dia diberikan kelebihan oleh Allah tentang perkara ghaib, sedangkan di dalam Al-Quran Allah telah memerintahkan kepada Rasulullah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Baginda langsung tidak mengetahui persoalan ghaib.

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Surah an-Namlu ayat 65 yang bermaksud:

“Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”
Surah at-Taubah ayat 101 bermaksud:

“Dan diantara orang-orang yang disekeliling kamu dari orang-orang Arab ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah, mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar”
Dalam ayat di atas, Allah dengan tegas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri tidak m
RAWATAN & SCAN PENYAKIT JARAK JAUH

Jika perubahan itu berlaku secara mendadak dan tidak diketahui apa puncanya, boleh jadi ianya berpunca dari gangguan. Sila dapatkan rawatan dari pusat rawatan yang berhampiran. Jika inginkan khidmat rawatan dengan saya, sila hubungi 013-4479610 untuk kita buat temujanji rawatan.

Reply ↓

Zarif
02/10/2016 at 12:40 pm
Yg lain semua betul tpi Yg sye thu syaitan tidak dpt dilihat oleh kite tapi jin boleh ,jin adelah mkhluk seperti manusia yg beragama dan mkn dan minum kerana syurga ade jin, manusia dan haiwan yg mentaati perintah Allah dan mereka yg ingkar kepade Allah akn bersme dgn syaitan dineraka..

Maaf ye pasal jin ade ustaz silap, yg pasal syaitan bukan adik beradik dgn jin, jin adelah jin dan syaitan adelah syaitan, dan ada pengikutnya iaitu jin dan manusia yg ingkar perintah Allah

Tq

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
07/10/2016 at 3:37 pm
Terima kasih atas pencerahan saudara

Reply ↓

wazyWan Zawawi
09/06/2016 at 12:04 am
Terima kasih ustaz,saya bookmark untuk bacaan sekali lagi nanti

Reply ↓

nurul
08/06/2016 at 9:56 am
Assalamualaikum. Ustaz bagaimana pula sekiranya pesakit itu mendapatkan rawatan jarak jauh dengan perawat yang pernah merawat pesakit itu sebelum ini? Rawatan yang dilakukan hanyalah berbentuk doa sahaja. Apakah kita juga statementkan perawat tu tidak betul? mohon pencerahan,

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
09/06/2016 at 12:58 am
Waalaikumussalam nurul,

Kalau sekadar perawat tu buat rawatan jarak jauh dengan menggunakan solat hajat dan doa sebagai contoh, itu takde masalah. Yang jadi masalah apabila perawat tu boleh cerita dari A sampai Z apa masalah nurul, tak pelikke?

Sekadar solat hajat saya pun ada buat, tapi takdelah pulak lepas tu saya cerita orang ni ada masalah sihir. Sihir tu dah lama. Orang sekian sekian yang hantar, ada 5 ekor jin dalam badan, ini yang saya kata tak boleh.

Harap jawapan ni membantu

Reply ↓

Afif Rayyan
14/05/2016 at 6:47 pm
Info yang menarik

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
16/05/2016 at 12:31 am
Terima kasih tuan Afif Rayyan kerana sudi melawat blog saya.

Reply ↓

Sabariah Muhammad
07/05/2016 at 1:44 pm
Assalamualaikum ustaz,

Saya mahu bertanya mengenai persoalan ini, mungkinkah seseorang itu boleh mengalihkan ruh orang yang lain melalui perhubungan ruh. Saya maksudkan adalah memindahkan ruhnya ke dalam ruh pesakit.

Sekian, terima kasih.

Sabariah Muhammad.

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
08/05/2016 at 7:21 am
Waalaikumussalam cik/puan Sabariah,

Allah berfirman di dalam al-Quran surah al-Isra ayat 85 yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”

Ayat di atas jelas.Ruh adalah urusan Tuhan.Dan tiada seseiapa pun yang mempunyai ilmu tentang perkara berikut.Pada pandangan peribadi saya,tidak ada manusia yang boleh pindahkan ruhnya ke dalam ruh orang lain.Saya menganggap ini lebih kepada perbuatan menurun,yang biasanya diamalkan oleh para bomoh dengan menggunakan pertolongan jin.

Sebaiknya,untuk mengelakkan kita terjebak dalam perkara-perkara khurafat dan syirik,jauhilah kaedah rawatan begini.

Wallahu A’lam.

Reply ↓
Ada pandangan? Kongsikannya.

Rawatan dan scan jarak jauh.

RAWATAN & SCAN PENYAKIT JARAK JAUH
بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda NABI SAW:  Wahai hamba2 Allah..berubatlah ..sesungguhnya Allah tidak turunkan sesuatu penyakit itu melainkan DIA telah pun menjadikan baginya suatu ubat.

RAWATAN JARAK JAUH


Pengunjung yg dihormati,

Dalam keadaan biasa sekiranya anda berhajat, anda boleh menerima rawatan kami meskipun anda sendiri tidak hadir menemui kami...sebaliknya dengan mewakilkan orang lain. Malah sebenarnya anda masih boleh 'menerima' rawatan kami meskipun anda tidak hadir dan tidak juga menghantar wakil...bagaimana ?

Caranya begini..setelah anda menghubungi kami (talipon/whatsaap/sms/email) dan setelah kami 'ketahui' masalah/penyakit anda melalui kaedah scan yang kami lakukan dan setelah pihak anda pun 'bersetuju' mengambil rawatan kami termasuk tentang bayaran maharnya...maka barulah kami mula lakukan step berikutnya iaitu proses membuat air 'terapi khusus' anda .

Proses tersebut  biasanya mengambil masa sehari semalam atau beberapa hari tergantung jenis dan tahap penyakit yg anda hidapi...Setelah siap kami akan maklumkan kepada anda agar anda datang utk mengambilnya. Apapun jika anda berhalangan disebabkan jauh dsb kami boleh mengirimkannya dengan 'kurier' yg selama ini alhamdulillah sampai dengan selamat.

Apa pun suka diingatkan jika anda mahu datang..buatlah temujanji terlebih dahulu supaya anda tidak mengalami sebarang kesulitan dsb..

Namun dalam keadaan 'dharurat' tertentu seperti pesakit berada begitu jauh, seberang laut atau berada dlm wad kecemasan/ icu yg tak memungkinkan utk 'diganggu' dsb sehingga begitu sukar utk dikirim atau diminumkan air terapi kami, insyaallah kami masih boleh lakukan rawatan terhadap pesakit tersebut dengan menggunakan kaedah hikmah pilihan 'kedua' kami..

Dalam keadaan seperti ini tidak perlu lagi kami mengirimkan air terapi kepada anda..Alhamdulillah ada cara lain yg boleh digunakan, yg akan kami maklumkannya bagi yg berkenaan..alhamdulillah kesan dan hasil rawatannya insyaallah tetap sama spt rwtn cara 'pertama' insyaallah..

Nota: Rawatan kami tidak memerlukan kami menyentuh tubuh badan pesakit dsb. Kesembuhan penyakit insyaallah boleh berlaku dengan cara pesakit meminum atau menyapu air terapi syifa' khusus yg kami berikan..malah terkadang kesembuhan berlaku walaupun tanpa meminum air yg kami berikan..Subhaanallah!

SCAN PENYAKIT JARAK JAUH 

Dalam dunia perubatan alternatif termasuk kaedah al- Hikmah terdapat berbagai cara/ rahsia utk mengetahui penyakit zahir dan batin seseorang..antaranya termasuklah cara melihat rambut, tapak tangan, mata. pakaian, nama dll...

Ini kerana hakikatnya setiap sesuatu itu dijadikan Allah swt baginya isyarat atau qarinah dan tanda tertentu. Apapun kod- kod rahsia dan ilmu utk mengenal dan memahami tanda2 tersebut memerlukan ijazah atau pun riadhah khusus yg diambil dari orang- orang arif berkenaan mengikut bidang ilmu masing2..

Kami di sini juga insyaALLAH boleh membantu mengesan 'sebahagian' penyakit dalaman anda khususnya yg berkaitan penyakit jantung, kanser, (usus, hati, rahim, prostat dsb) pendarahan kepala dsb melalui kaedah al- Hikmah  yg beroentasikan keajaiban ayat2 al- Quran dan doa tertentu..

Meskipun result/ bacaan scan kaedah ini bertaraf  'zhonni' yg bukan 100% tepat...namun  berdasarkan pengalaman yg lalu alhamdulillah telah banyak terbukti kebenarannya sehingga dapat dijadikan panduan dlm membuat rawatan pencegahan..

Bagi anda yg yakin keajaiban al- Hikmah dan berhasrat utk mengetahui sama ada anda 'clear' atau pun sudah mula mengidapi penyakit2 tersebut sejak di tahap awal lagi....bolehlah menghubungi kami utk mengetahui maklumat lanjut..

Penting: Bukan semua penyakit dapat dikesan dgn kaedah ini.. hanya penyakit  organ  tertentu shj..kerana itu  kami tidak lakukan scan utk mendeteksi penyakit yg melibatkan tulang dan juga masalah mistik spt saka dsb .anda perlu datang sendiri menemui pakar perubatan tersebut.InsyaAllah.


" Hanya sesungguhnya perkataan (perintah) kami bagi sesuatu apabila kami inginkannya bahawa cukup dengan kami berfirma

http://an-nawaa.blogspot.com/p/blog-page.html?m=1

Bantuan Perubatan Islam

Dalam perubatan Islam, teknik perubatan adalah berdasarkan al-Quran dan hadis. Menurut perubatan Islam, pengamal perubatan ini biasanya menggabungkan medium perubatan dengan spiritual. Teknik spiritual ini adalah seperti membangkitkan tenaga dalaman pesakit serta kuasa yang terdapat pada amalan, sunnah dan meditasi nabi-nabi, alim ulama serta ahli-ahli sufi.

Suatu ketika, semasa Rasullullah sedang merawat, seseorang bertanya samada perlukah pesakit diberikan ubat? Lalu baginda menjawab, “ Ya, kita harus mencari penyembuhan melalui ubatan. Ini kerana, setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada penyembuhannya. Akan tetapi terdapat satu penyakit yang Allah tidak ciptakan penyembuhannya iaitu penyakit tua.”

Setiap ayat yang diturunkan dalam al-Quran mempunyai nilai penyembuhan tersendiri terhadap penyakit. Berikut adalah beberapa ayat-ayat yang digunakan untuk rawatan.

6 AYAT AL-SYIFA

1,  “Dan Allah akan menyembuhkan dada mereka yang percaya.”
                                                                                                     (Taubah 9:14)

2.   “Wahai umatku telah datang satu petunjuk dari Tuhanmu dan penyembuhan pada penyakit dalam         hati kamu serta kepada mereka yang percaya dan taat.”
                                                                                                      (Yunus 10:57)

3.    “ Terdapat perkhabaran menyatakan bahawa dalam badan lebah terdapat minuman yang pelbagai
         warnanya. Dimana di dalamnya terdapat penyembuhan kepada manusia.”
                                                                                                      (Nahl 16: 69)

4.    “Dan Kami turunkan dalam al-Quran segala penyembuhan dan kebaikan kepada mereka yang
          percaya.”                                                                              (Bani Israel 17: 82)

5.    “ Dan ketika Aku sakit, Allah menyembuhakanku.”              (Ibrahim 26: 80)

6.    “ Dan katakanlah wahai Muhammad bahawasanya al-Quran itu adalah petunjuk
          dan penyembuh kepada mereka yang percaya.”

TENAGA DAN PENYEMBUHAN MELALUI RAWATAN SPIRITUAL
Rawatan spiritual bukanlah sesuatu yang misteri tetapi ia adalah sesuatu yang jelas dan adakalanya agak kompleks. Setiap orang mempunyai lingkaran tenaga atau aura yang mengelilingi tubuhnya. Lingkaran iniadalah berkait dengan kesihatan seseorang.

Tenaga bukan sahaja dipercayai dalam Islam tetapi budaya-budaya lain juga turut mempercayai wujudnya tenaga dalam tubuh manusia. Dalam setiap budaya, tenaga dikenali dengan pelbagai istilah:

Ki (Jepun)
Chi (China)
Prana (Hindi)
Qudra (Arab)

Tenaga adalah nyawa yang diberikan oleh Maha Pencipta. Tenaga mengawal cara pemikiran dan emosi. Ia adalah sumber kehidupan dan faktor animasi dalam semua benda hidup. Ia mengalir melalui badan dan boleh digunakan untuk merawat. Apabila badan kehilangan nyawa, tenaga(roh) akan meninggalkannya dan membenarkan jasad itu untuk mereput. Akan tetapi tenaga itu tidak akan hilang dan akan sentiasa wujud dalam dimensi lain. Tenaga ini membawa suatu bentuk kuasa yang nyata, aktif, sempurna serta berterusan. Tindakan daripada kuasa ini adalah tulen kerana tanpa pengaruhnya tiada apa dapat hidup atau tumbuh.

Tenaga spritual ini meletakkan organ, salur darah dan bahagian badan yang lain pada tempatnya. Apabila tenaga ini berkurangan, hubungan anatomi dalam badan akan terganggu. Ia akan menyebabkan kesakitan, organ tidak berfungsi dan kesihatan terganggu.

Tenaga spiritual yang energetik ini akan membentuk suatu bentuk energy field seumpama elektrod atau magnet yang dicaskan.Sumber tenaga ini bukan sahaja menambahkan tenaga kepada badan akan tetapi ia juga memberi identiti. Contohnya, atom ialah hubungan konstituensi antara elektron, proton dan neutrons. Begitu juga dengan tenaga spiritual yang mampu memberi tenaga kuasa dan identiti kepada fizikal tubuh.

Tenaga dalam perubatan spritual ini adalah seumpama air terjun. Sekiranya air terjun diletakkan pada saluran yang betul, ia Tenaga dalam perubatan spritual ini adalah seumpama air terjun. Sekiranya air terjun diletakkan pada saluran yang betul, ia mampu membentuk sumber kuasa dan menghasilkan elektrik. Begitu juga sekiranya aliran darah kita disalurkan secara seimbang dan teratur maka tenaga penggerak ini akan menjana tenaga pada organ yang lemah ini.

Bagi organ yang mana kuasa tenaga semakin berkurangan, perubatan spiritual akan meningkat dan mengaktifkan tenaga vital. Teknik perubatan spiritual membenarkan tenaga merebak untuk menyembuhkan penyakit.

Prinsip yang sama digunakan pada reaksi atomik digunakan oleh pengamal perubatan spiritual untuk mengaktifkan tenaga dalam pesakit. Kaedah yang sama juga digunakan oleh pengamal perubatan moden, iaitu penggunaan laser. Laser digunakan untuk menyembuhkan penyakit secara reaksi berantai. Apabila satu organ sembuh maka organ yang lain akan mulai sembuh juga.

3 FASA DALAM PERUBATAN SPIRITUAL
Tenaga spiritual atau kosmik melibatkan tenaga dari planet, bintang, galaksi dan apa saja yang berada disekeliling yang menghasilkan energy field. Tenaga yang tersebar akan memulihkan semangat dan roh. Melalui proses rawatan spiritual yang meditatif, seseoarng boleh menguasai tenaga ini.

Tenaga ini disalurkan ke cerebral kortek iaitu pusat pemprosesan minda difokuskan ke bahagian otak yang diaktifkan dan distimulasikan oleh kuasa ini. Impuls dihantar ke sistem saraf autonomik untuk mengawal atau mengubah fungsi tubuh supaya ia tidak mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Dalam fasa satu, tenaga ditumpukan ke bahagian otak.

Dalam fasa dua pula, perpindahan atau migrasi tenaga dari otak ke jantung. Proses dalam fasa satu, menstimulasikan saraf vagus untuk menghantar impuls elektrik ke sistem konduksi jantung ke sinoatrial node, melalui laluan internodal dan laluan atrioventricular ke bahagian bawah jantung.

Pada fasa ketiga pula, tenaga dipam bersama darah dari jantung ke sistem vaskular dan dihantar ke seluruh tubuh.

Bagi seorang pengamal perubatan, yang paling penting adalah jantung yang sihat. Jantung yang sihat masih boleh menampung badan yang lemah. Akan tetapi, sekiranya jantung bermasalah, badan akan bermasalah dan tidak boleh bertahan lama. Selain itu, otak juga penting untuk dipelihara. Ini supaya aliran sistem maklumat berfungsi dengan baik.

PERBEZAAN DI ANTARA PENGAMAL PERUBATAN MODEN & PENGAMAL PERUBATAN SPIRITUAL

Pengamal perubatan moden atau saintis, berhubung dengan kuasa – kuasa kehidupan. Akan tetapi mereka tidak dapat berinteraksi secara terus kecuali melalui medium lain iaitu tubuh badan. Oleh itu, kebanyakan saintis menitikberatkan luaran badan dan cuba mencari prosedur dan teknik untuk pastikan badan berada dalam keadaan homeostesis bagi mengelakkan badan dari sakit.

Berbeza dengan pengamal perubatan spiritual, mereka menggunakan pendekatan dalaman untuk merawat. Ini dengan menggunakan teknik dan cara tenaga dalam badan.

HIGH SENSE PERCEPTION (HSP) ATAU PENGGUNAAN ILMU MAKRIFAT SEBAGAI ALAT DIAGNOSTIK

Pengamal perubatan moden menggunakan teknik Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk membuat diagnostik penyakit. Teknik ini menggunakan tenaga dan atom-atom dalam tubuh untuk memberi imej dan maklumat berkenaan tubuh dan potensi penyakit.

Bagi pengamal perubatan spiritual, mereka menggunakan High Sense Perception (HSP) atau dalam Bahasa Melayunya Ilmu Makrifat. Ilmu Makrifat adalah cara untuk meramal sesuatu di luar 5 deria. Dengan ilmu tersebut ia adalah lebih dari melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.

HSP, boleh juga ditafsirkan sebagai suatu keadaan dimana kita dapat merasa dengan mata hati. Ia bukanlah sebuah imaginasi, akan tetapi kita boleh melihat sesuatu tanpa menggunakan penglihatan normal kita. HSP atau Ilmu Makrifat adalah sebuah dunia dinamik berinteraksi dengan tenaga spiritual yang berada di sekeliling dan berhubung dengan semua benda hidup.

Dengan HSP, proses patho-physiology kesakitan dan penyakit berada didepan mata pengamal tersebut. HSP menunjukka

Dengan HSP, proses patho-physiology kesakitan dan penyakit berada didepan mata pengamal tersebut. HSP menunjukkan bagaimana sesetengah penyakit bergerak atau berada pada energy field tersebut. Gangguan pada energy field disebabkan oleh masa dan kehidupan tidak sihat, akan dipindahkan ke tubuh dan menjadi penyakit.

Oleh kerana HSP, boleh menunjukkan bagaimana sesuatu penyakit terjadi, ia juga boleh menentukan bagaimana proses penyakit itu diputarkan kembali. Untuk mendapatkan HSP, kita perlu berada dalam keadaan bawah sedar.

NASMA DAN MEDITASI

Roh atau badan bukan fizikal dikenali sebagai Nasma. Nasma wujud dalam setiap badan sebagai subtle vapor atau olahan tenaga (energy breeze) yang terhasil daripada output kimia badan.

Nasma memperolehi peningkatan daripada kuasa esoterik yang dilepaskan setiap kali kita bertindak/ berfikir/ mempunyai niat adan kepercayaan. Nasma boleh meninggalkan jasad pada bila-bila masa.

Apabila kitar tenaga spiritual terganggu atau tidak lancar, maka kesihatan pesakit akan terganggu, menyebabkan penyakit, tekanan dan sebagainya. Ini menunjukkna kita perlu menyeimbangkan tenaga badan kita. Kitar tenaga yang positif akan meningkatkan nasma dan menetapkan struktur, asas dan keseimbangan sistem badan.

Nasma boleh mempengaruhi orang lain seperti tenaga magnet yang menarik cas-cas pada kedudukannya. Tenaga dalam sistem yang sihat boleh menyembuh secara sendiri dan dapat menetapkan kesihatan individu disampingmenguatkan aura seseorang.

Nasma bukan sahaja mempengaruhi fizikal tubuh, akan tetapi mempengaruhi badan yang lemah dan sakit kerana kelemahan pada organ. Sebagai contoh, pada badan yang lemah, nasma yang lemah akan menunjukkan simptomnya dari aspek mental dan fizikal seseorang. Dari segi mental, akan timbul masalah seperti: neurosis, depressi, histeria, psikosis, gangguan tidur dan insomnia. Sekiranya keadaan-keadaan ini berterusan tanpa rawatan, nasma akan lemah dan tidak berupaya mempertahankan diri dalam tubuh yang lemah itu. Pesakit pada tahap ini mengalami seizures, psychotic fits serta perilaku yang agressif.

MEDITASI DAN RAWATAN PADA POINT TERTENTU BADAN

Secara spritual, kesihatan yang baik perlukan perhatian intensif dan perubahan pada peribadi seseorang. Perubahan peribadi ini adalah seperti kesabaran, penghargaan, ceria, gembira dan kasih sayang adalah perlu untuk memperbaiki spiritualiti dan kitar tenaga.

Tanpa perubahan pada peribadi seseorang, masalah lain akan timbul. Oleh itu, menangani punca penyakit adalah point utama rawatan. Ini akan menstimulasi bahagian dalaman diri kita iaitu bahagian “higher self” atau “spark of divinity” dalam diri kita. Divinity yang berada dalam diri kita ini akan memberi maklumat berkenaan penyakit dan jenis contact points yang perlu disentuh dalam meditasi kita. Meditasi merupakan satu alat yang mampu merehat dan menenangkan minda kita.

Ujian kesihatan yang dijalankan terhadap beberapa subjek dalam meditasi mendapati terdapat perubahan berlaku. Dalam ujian ini otak akan melalui perubahan melalui getaran pada otak. Dengan menggunakan alat electroencephalogram (EEG) terdapat penambahan dalam getaran alpha dan thetha. Ini menunjukkan berlaku anjakkan kesedaran dalam keadaan sedar yang berbeza dari keadaan tidur. Keadaan ini berbentuk therapatik dan merehatkan walaupun pesakit berada dalam keadaan sedar.

KAITAN  DI ANTARA TENAGA DAN PENYAKIT

Aliran tenaga dalam badan dan alam sebagai satu sumber tenaga yang membentuk sumber tenaga yang lebih kecil dikenali sebagai lata’if (istilah Islam). Lata’if adalah point untuk tenaga yang maksimum dan focal point yang penting dalam keseimbangan sistem tenaga. Sesuatu penyakit akan timbul sekiranya lateefa tidak seimbang.

Dalam sistem yang sihat, lata’if berpusing secara tersusun, menggunakan tenaga dari energy field yang universal ke bahagian pusat badan. Setiap lata’if ini ditukarkan pada frekuensi yang spesifik untuk memastikan badan sihat. Dalam sistem badan yang sakit, pergerakan tenaga lata’if boleh ja

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
DAN SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI:

PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH,
1683A, KG. CHE BEMA, SG. LAYAR,
08000 SG. PETANI, KEDAH
TEL: 013-4772232.

CAWANGAN KUALA LUMPUR:

PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
,NO. 26, JALAN BU 2/5,
TAMAN BUKIT UTAMA,
TROPICANA VILLA HOMES,
BUKIT ANTARABANGSA,
AMPANG, SELANGOR.

TEL: 013-4772232

Selasa, 14 Mac 2017

Info perubatan Tradisional

Assalamualaikum dan salam hormat..
PENGUMUMAN PENTING DARI PIHAK PERUBATAN KEBATINAN NUSANTARA.
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH,
Kami tidak lagi membuka pusat perubatan di subang, ini berikutan kerana Tiada masa untuk berada di pusat rawatan, lagipun rawatan dan pemulihan yg terbaik hanya boleh kami lakukan di rumah/premis anda sahaja..
Baru2 ini,kami telah mengiklankan tentang perkhidmatan kami tentang kes2 penipuan yang boleh kami bantu untuk sesiapa jua.. ada juga yang sekadar menguji, atas pagar, dan yang menggunakan perkhidmatan kami.. kepada yang menguji,kami benar2 minta maaf ke atas apa yang berlaku terhadap diri anda ketika ini.. anda memulakannya,jadi anda harus faham akibatnya..jadi sy benar2 memohon maaf dari pihak perubatan kebatinan nusantara kepada anda..ingatlah bahawa ALLAH Maha melihat dan Maha mengetahui..kami Cuma insan biasa yang menjadi perantara sahaja..apa yang terjadi pada diri anda, anggaplah ianya adalah balasan atas perbuatan anda terhadap kami.. kepada yang �atas pagar�, tidak mengapa kerana mungkin belum jodoh anda lagi untuk bertemu kami..namun jika suatu hari masanya telah tiba..kami mengalu2kan anda untuk bersama kami dalam menyelesaikan masalah anda dengan izin ALLAH.. dan kepada yang telah menggunakan perkhidmatan kami..janganlah kembali ke takuk lama..manfaatkan peluang ke-2 anda ketika ini..gunakanlah sebaik2nya..janganlah berterima kasih dengan kami,tetapi semuanya dari ALLAH. Kami,Cuma org tengah sahaja..
Seperti yang anda sedia maklum.. kami hanyalah manusia biasa.. kami tiada apa2 pangkat,gelaran ataupun darjat..kami Cuma orang biasa sahaja.. penampilan kami juga biasa..tidak ada yg istimewa..pada kami,tiada apa pun yang benar tentang zahir..yang di lihat ALLAH ialah dalaman kita..itu lah yang di nilai sebenarnya..jadi dengan itu,kami lebih memilih untuk bersahaja..
Apa yang perubatan kebatinan nusantara boleh membantu anda?
Semua jenis penyakit dan masalah yang ada di dalam setiap ketegori baik penyakit zahir,mahupun batin.. (kecuali menghidupkan yang mati)..
Kenapa menyeluruh perkhidmatan yang boleh kami berikan?
Jawapannya mudah sahaja..
1)kami tidak bersahabat,berdamping,gunakan khadam dan lain2 bantuan dari makhluk alam lain.. jika anda perhatikan pada zaman dahulu,setiap bomoh atau pawang yang pernah wujud,semuanya hebat2 belaka..ada bomoh tulang, bomoh cinta, bomoh duit dan lain2..namun kerana penggunaan �sahabat� lah menyebabkan kepakaran mereka terhad..kerana lain sahabat,lain fungsinya..bayangkan saja jika seseorang itu ingin mengubat pelbagai penyakit,jadi pelbagai sahabatlah harus bersamanya..jika setiap dari sahabatnya tidak dipenuhi pantangnya..maka padahlah yang mengundangnya.. sebab itu setiap bomoh atau pawang zaman dahulu memang berkesan tekniknya..namun bomoh pada zaman ini?saya rasa anda ada jawapannya...namun ianya tetap syirik kerana sebab2 tertentu..jadi soal syirik ini terlalu luas terjemahannya..namun cukuplah anda mengetahui yang ianya adalah antara dosa2 besar..
2)kami bukan sahaja pengamal ayat2 al quran,apa yang kami lakukan ialah kami tekankan dari segi terjemahannya setiap ayat tetentu, melalui CARA dan RAHSIA kami..pernah saya lihat suatu ketika dulu,ianya kes yang sangat berat melibatkan jin kafir yang merasuk badan seorang hamba ALLAH.. kesilapan yang di lakukan oleh sesiapa yang berada di situ ialah,hanya dengan mengelilingi mangsa,dan di bacakan yasin, al fatihah dan lain2 surah supaya jin tersebut panas lalu keluar dari tubuh mangsanya dan segala usaha menjadi sia2..tahukah anda bahawa bangsa jin sebenarnya lebih hebat bacaannya dari kita manusia?mereka lebih memahami setiap harkat bacaan,makraj huruf dan lain2 bilamana melibatkan soal bacaan ayat2 suci..jadi hebat manapun kita dapat menghafaz al quran dan hadith,namun jika kita tidak menghayati terjemahannya,ianya adalah sia2 ketika berdepan dengan makhluk yang lebih awal di cipta sebelum nabi adam..bukanlah niat saya untuk merendahkan sesiapa jua yg terlibat sebagai pengamal perubatan islam..namun ianya adalah reality yang perlu anda fahami..sy tidak berhak pun megeluarkan kenyataan berikut..tetapi ia perlu bagi mendidik masyarakat kita supaya lebih memahami apa sebenarnya maksud tersirat di dalam yang tersurat..
3)kami bukan sahaja mengubat..tetapi kami juga mencegah supaya masalah2 yang di hadapi tidak berulang lagi dengan izin ALLAH dan menggunakan khidmat kami, kami tidak berselindung apa2 pun dari anda..malah telah kami jelaskan dari awal2 lagi..jika anda setuju,teruskan dengan kami..jika tidak,terpulang kepada anda..anda yang membuat pilihan..
4)tiada pantang
Maaf..dalam perubatan kami langsung tiada pantang..jika ada pun penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi yg mana melibatkan makanan2 berlemak,berminyak dan lain2..selain daripada itu,tiada..selepas berubat,ikutlah apa saja yang anda ingin lakukan asalkan bukan perkara yang di larang di dalam islam.
.
Sedikit penerangan tentang penyakit dan masalah yang biasa kami terima dan Berjaya pulihkan dengan izin ALLAH..
1)saka..
Saka sebenarnya adalah jin..wujudnya ia adalah untuk memenuhi hajat pemilik asal untuk menjaga seluruh keturunannya sehingga ke hari kiamat..ianya di simpan di dalam pelbagai jenis barang mengikut kegemaran pemilik asalnya..seperti keris,congkak,cermin,bungkusan kain kuning,buyung,tembikar dan lain2 lagi..kadang kala ia di letakkan di dalam almari..di sangkut di alang rumah dan lain2..sebenarnya pewaris saka tersebut tidak terhad kepada lelaki atau perempuan..ia juga tidak mengira bilangan adik beradik atau bilangan keturunan..ia akan pergi kepada sesiapa yang di kehendaki oleh saka tersebut..namun lain padang,lain belalang..itu lah pepatah yang boleh di gambarkan tentang saka..bukan hanya masyarakat melayu mengalami masalah ini,namun masyarakat dan agama lain juga mengalami masalah ini..namun rata2 kita jarang dengar kerana mereka memenuhi hajat dan permintaan saka atau jin tersebut..seperti dalam masyarakat cina yang memuja tokong..dan masyarakat hindu yang memuja di kuil..dan kita masyarakat melayu,kerap kita mendengar cerita tentang saka adalah kerana,kita beragama islam..dan hanya ALLAH yang kita sembah..tiada selainnya.. pesanan sy ialah,setiap barang lama,amalan2 dan ilmu yang meragukan di tinggalkan oleh nenek moyang anda untuk di warisi..berhati2 lah kerana ia bakal menyusahkan anda suatu masa nanti..jangan berbangga dengan cincin,keris,kacip dan lain2 benda yang anda warisi dan memiliki ketika ini..kerana ia merupakan bebanan buat anda apabila tiba masanya nanti..
2)sihir
Sihir merupakan suatu ilmu..ilmu yang menggunakan khidmat jin atau syaitan..dengan jampi serapah yang di gunakan untuk memohon atau menyeru bantuan jin dan syaitan..lalu niat untuk membalas dendam,iri hati,hasad dengki dan lain2,maka si mangsa akan terima derita akibat perbuatan pengamal ilmu sihir,dan ianya di laksanakan oleh syaitan atau jin yang di perintahkan..santau tuju2,santau angin,santau makanan,busung,pukau,dan lain2 lagi adalah olahan daripada ilmu sihir..Cuma nama yg terbit berbeza adalah kerana setiap tempat dan kawasan mempunyai panggilan tersendiri terhadap kejadian yang menimpa mangsa..hampir kebanyakan mangsa penipuan yang Berjaya kami bantu dengan izin ALLAH adalah mangsa sihir sebenarnya..Cuma mereka tidak sedar akan perkara tersebut..kerana itulah kadang kala mangsa penipuan ini terlalu mudah mempercayai kata2 seseorang..kerugian yang di alami bukan kecil, malah ada yang mencecah jutaan ringgit..itu la penangan sihir sebenarnya..
3)pelaris.
Pelaris sebenarnya ialah suatu �teknik promosi secara batin�.. ibarat pengiklanan di t.v..anda lihat saja iklan seperti mcdonald dan kfc,apa yang anda rasa ketika melihat iklan tersebut..pasti anda terasa lapar bukan?kenapa keadaan sedemikian berlaku..puncanya adalah dari warna yang di gabungkan..seperti merah dan kuning..ia boleh menimbulkan rasa lapar..setiap warna,mempunyai aura yang berbeza..itu lah yang sebenarnya maksud pelaris..�aura�..namun apabila pelaris di salah ertikan..sihir dan bantuan jin terlibat di dalamnya,itu lah yang menyebabkan ianya jatuh hokum syirik..dan ianya adalah salah sama sekali..dalam mencipta pelaris yang sesuai,ianya perlu di lakukan mengikut syariat yg di tetapkan..supaya tidak bercanggah dengan apa yang di benarkan di dalam agama islam..sebab kebatinan ini maksudnya sangat2 luas..bukan seperti anda baca buku,belajar memahami dan lain2..kerana ilmu ALLAH itu sangat2 luas..
4)pembedahan secara batin.
Saya pasti ramai yang pernah mendengar tentang perkara ini..pembedah secara batin adalah sama sepertimana pembedahan secara zahir yg di lakukan oleh hospital..yang membezakannya ialah keadaan..samada zahir atau batin..apabila di sebut zahir..ianya sesuatu yang boleh di lihat dan di rasai..dan bercakap tentang batin..ia tidak boleh di lihat tetapi di rasai..itulah perbezaan asas antara kedua2 teknik pembedahan..namun sejak beberapa tahun yang lepas,beberapa pusat rawatan pembedahan batin palsu ini muncul..dan menipu ramai org..dengan silap mata pembedahannya..dan banyak lagi..ia telah mencalarkan imej perubatan kebatinan..dalam bidang kami,kami juga merujuk buku tentang system saraf di dalam badan manusia..seperti jantung,paru2 ,dan organ2 lain..lalu kami scan supaya kami kenal pasti kedudukan yg tepat sebelum memulakan pembedahan secara batin..penyakit seperti batu karang,sakit jantung,barah dan lain2 lagi,boleh di lakukan secara batin jika kena pada cara dan pesakitnya..dengan keizinan dari ALLAH,tiada apa yang mustahil di dunia ini..jangan sempitkan pemikiran anda dengan sains semata2..satu contoh yang paling senang ialah wujudnya telaga zam-zam..kajilah sedalam manapun dengan sains..anda tidak akan mendapat jawapannya..kerana kuasa ALLAH,tiada siapa yang tahu..
5)lesbian,gay,pondan(bapuk),pengkid,penagih dadah.
Ini adalah penyakit naluri.. bukan sebab keturunan..tetapi di sebabkan persekitaran yang di lalui oleh pesakit..ia terjadi di sebabkan pelbagai factor dan pengaruh yang di alami oleh mangsa..yg menyebabkan mereka terjerumus ke kancah tersebut..kami ada jalan keluar untuk jenis pesakit ini..
6)membuang susuk
sebenarnya susuk juga adalah merupakan suatu ilmu yang digunakan untuk kepentingan diri sendiri sahaja..dan memerlukan khidmat atau bantuan jin..
terdapat banyak kisah menarik tentang setiap jenis susuk yang dipakai.. susuk tidak hanya di pakai pada muka, malah hampir keseluruhan anggota badan boleh di letakkan susuk..tujuanya mudah saja..ia adalah untuk mengaktifkan bahagian2 tertentu di dalam anggota badan supaya pemiliknya berpuas hati dengan kemajuan diri,dengan penggunaan pelbagai jenis susuk yang tertentu...namun apabila anda melanggar pantang,bahaya besar menanti anda..
7)untuk politik sahaja
politik? hanya suatu perkataan..tetapi memberikan makna yang sangat luas apabila bercerita tentangnya..
hanya yang terlibat di dalamnya akan memahaminya..politik sangat2 memainkan peranan sebelum,semasa dan akan datang untuk sesebuah keluarga,kejiranan,masyarakat sehinggalah dunia pada hari ini..jika berbicara soal politik,tidak akan ada kesudahannya..untuk pilihanraya yang bakal tiba, sy membuka peluang sepenuhnya kepada ahli2 parti dari setiap kawasan dan daerah didalam malaysia ini untuk menggunakan perkhidmatan kami..kami boleh membantu anda mempersiapkan diri untuk sebelum,semasa dan selepas pilihanraya berlangsung.. jika anda benar2 ingin membantu rakyat di kawasan anda,kami juga boleh membantu persiapkan diri anda demi kepentingan rakyat di kawasan anda..jika dahulu kami hanya memberi peluang kepada "pucuk pimpinan tertinggi" sahaja..tp kali ini kami akan membuka sepenuhnya peluang kepada setiap wakil rakyat yang bakal bertanding nanti..tidak perlu bazirkan masa dan modal anda mencari 'pihak dari luar'...yang mana kesudahannya menjadi sia2 sahaja..dan anda pun tahu perkara tersebut..jangan risau kerana pada PRU 13 ini,kami akan membantu kepada sesiapa jua ahli politik yang berhajat demi rakyat di kawasan anda yang di kasihi..tidak seperti dahulu,hanya kepada 'yang tertentu sahaja'..jalan keluar akan kami tunjukkan nanti..
8)perubatan jarak jauh..
yang membezakannya ialah jarak,itu sahaja..tidak ada beza dengan perubatan jarak dekat..cara dan kaedah di gunakan juga sama tidak ada bezanya..namun perkara yang sangat menjadi penentunya ialah diri anda sendiri..adakah anda yakin? Dan ianya hanya untuk kes2 tertentu sahaja..
9)Pagar..
pagar adalah suatu peralatan yang di gunakan untuk menandakan kawasan,pemilikan,tujuan keselamatan dan lain2 lagi..pagar yang biasa di gunakan di rumah di perbuat daripada kayu,besi,tembaga dan lain2 lagi mengikut citarasa pemiliknya..dan teknologi pada hari ini telah menyebabkan kawalan keselamatan meningkat dengan beberapa ciri keselamatan baru tercipta pada setiap pagar di kawasan atau tempat2 tertentu..ada yg meletakkan pagar berduri,menggunakan voltan elektrik dan lain2..dan di sesetengah kawasan dan tempat,di letakkan pula pengawal keselamatan,penggera keselamatan dan kemera litar tertutup(c.c.t.v)..namun setiap apa yang di ciptakan oleh manusia pasti ada kelemahannya..setiap hari ada saja kes2 seperti pecah masuk rumah,rompakan,dan lain2 lagi perkara negatif yang di laporkan oleh media masa dan juga di dada akhbar..kenapa perkara tersebut terjadi?ianya terjadi kerana 'pagar' hanya secara zahir..dan setiap yang zahir itu boleh di lihat kelemahannya..
contohnya seorang pencuri yang ingin memasuki sesebuah kawasan perumahan, dia mesti melihat xxxxx xxxx c.c.t.v,xxxxxx pengawal keselamatan dan lain2 lagi..namun semua itu tidak berguna sekiranya pencuri atau perompak itu mengamalkan sihir,pakai susuk,tangkal dan lain2 apabila menggunakan bantuan dari jin..dan atas perkara itulah mereka berjaya mencapai matlamat mereka..persoalan saya,adakah peralatan moden yang di gunakan untuk tujuan keselamatan pada hari ini benar2 selamat?
jadi untuk mengimbangi perkara 'zahir',mesti di sertakan dengan perkara 'batin' sekali..bagaimana caranya?adakah dengan menggantung ayat2 al quran,tulisan khat,itu cukup untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak di ingini?itu semua hanyalah perhiasan semata2..mungkin juga penjenayah yang beragama islam takut apabila melihat ayat2 al quran di gantung..tetapi bagi pencuri beragama lain?kami ada cara yang sesuai bagi mengimbangi pagar zahir dan batin untuk kediaman,kawasan,tapak perniagaan,tempat penyimpanan dan lain2 lagi yang di di panggil 'aset pegun'.
10)scan dan checking
scan atau dalam bahasa melayunya di panggil mengimbas dan checking atau dalam bahasa melayunya di panggil memeriksa..semua jenis perubatan di dalam dunia menggunakannya..contoh perubatan zahir seperti hospital dan klinik menggunakan stateskop untuk memeriksa dengupan jantung,termometer untuk suhu badan,x-ray untuk melihat struktur tulang dalam badan..dan lain2 lagi..manakala dalam bidang perubatan tradisional atau kebatinan menggunakan ilmu yg di cungkil dari ayat2 al quran..setiap pusat perubatan,masing2 mempunyai cara tersendiri untuk melakukan scan dan checking..dan ia boleh di lakukan dari jarak dekat dan jarak jauh..dan scan adalah periksa,bukannya tilik..
11) lemah tenaga batin dan syahwat..
Masalah ini paling di takuti oleh ramai kaum lelaki yg telah berumahtangga, dan tidak kurang juga kepada bakal2 pengantin..dan bukan lelaki sahaja, malah perempuan juga mengalaminya..untuk masalah ini, kami ada cara untuk pulihkannya melalui kaedah kami iaitu secara batin, dan sedikit penggunaan sains persekitaran untuk diri anda.
12) Sawan
Sawan.. suatu penyakit yang menyerang mangsa secara mendadak.. ia juga berkaitan dengan penyakit keturunan..dan juga secara semula jadi berlaku.. terdapat banyak jenis sawan,antaranya ialah sawan khinzir,sawan tarik dan lain2 jenis yang biasa anda dengar..sebenarnya, setiap penyakit misteri seperti sawan ini ada kisah dan sejarah tersendiri..Cuma dewasa ini kita terlalu menjadikan sains sebagai rujukan utama..dan kerana itulah setiap pesakit yang di rawat menggunaan kaedah sains seperti di hospital tertentu,terpaksa mengorbanan sedikit �air tulang belakang� untuk di jadikan antibodi sebagai ubat, sedangkan masih terdapat cara yang lebih selamat dengan menggunakan kaedah rawatan islam.. hanya mendengar tentang sawan,adalah berbeza sama skali berbanding mengalami penyakit tersebut..mangsa sawan dan keluarga mangsa terpaksa menempuhi saat2 yang sukar ketika sawan menyerang..kami ada jalan keluar untuk penyakit tersebut..
13)bersihkan harta
Jangan salah anggap tentang perkataan �bersihkan harta�.. bukan seperti menggelapkan wang dan lain2.. bersihkan harta ini bermaksud, sebarang harta2 atau peninggalan lama untuk di warisi kepada anda,dari keturunan anda terdahulu seperti rantai,cincin,keris,pedang,parang dan lain2 yang di khuatiri mempunyai khadam atau jin..tujuannya mudah,kenapa perlu buang barang2 yang mempunyai sejarah tersendiri dalam keluarga anda,sedangkan barang2 tersebut mungkin mempunyai nilai2 sentimental untuk di ceritakan kepada anak cucu anda suatu masa nanti.. kami boleh bantu anda untuk membuang khadam2 yang terdapat di dalam harta warisan anda.. supaya apabila tiba masanya nanti, anda tidak perlu risau tentang �saka�..
14)Masalah zuriat..
Masalah zuriat adalah antara perkara yg di takuti oleh setiap pasangan yg telah berumahtangga.. Ia terjadi di sebabkan beberapa faktor, antaranya ialah kemandulan, keturunan dan lain2, serta kesan jangka panjang akibat ubat pencegahan kehamilan yg di amalkan sejak dari awal2 lg..itu antara sebab2 dari sudut saintifik..manakala dari sudut Islam pula, mungkin belum ada rezeki anda untuk mendapatkan zuriat..ataupun kesilapan awal anda menolak zuriat yg telah di tentukan dengan 'merancang keluarga' melalui beberapa perkara, seperti pengambilan pil perancang,'sarung perlindungan' , lepas luar dan lain2 lg..siapa lah kita untuk menolak rezeki yg bakal di berikan oleh ALLAH kepada kita selepas memasuki Alam rumahtangga..jadi dengan perancangan yg di lakukan, maka sejak dari awal2 lg anda sebenarnya telah menolak rezeki yg bakal di berikan oleh ALLAH kepada anda, jadi jangan sesekali menyalahkan si isteri atau si suami menjadi punca tidak mempunyai zuriat, tetapi lihatlah ke dalam diri masing2, perbuatan anda dahulu lah yg menyebabkan kerunsingan yg terpaksa tanggung pada hari ini..insyaAllah, kami ada jalan keluar untuk anda..
15)Pemulihan tapak dan kawasan.
Ini adalah perkara yg sering di lupakan oleh hampir kebanyakan orang yg berpindah ke rumah baru, pembinaan banggunan baru, penempatan di kawasan baru dan lain2..dalam x sedar, anda telah 'berkongsi' tempat dengan makhluk lain..sebab itu boleh wujudnya pelbagai ganguan yg menakutkan..kepada yg pernah mengalami, hanya mereka sahaja yg tahu tentang kejadian yg di alami..dan kepada yg tidak pernah mengalaminya, jangan menidakkan perkara tersebut.. Kadang2 kawasan tersebut mungkin merupakan laluan 'mereka' atau tempat tinggal yg telah di diami oleh 'mereka' sejak berkurun lamanya, sebelum manusia mengambil alih kawasan tersebut.. Dan bukan kita manusia saja yg hidup di atas muka bumi ini, malahan terdapat lagi kehidupan yg x dapat di lihat dengan mata kasar berkongsi kawasan dengan kita..ia mungkin fakta yg x dapat di buktikan dengan bukti saintifik, tetapi ia tetap ada di sekeliling kita tanpa di sedari..untuk masalah ini, kami ada jalan keluar untuk anda..
16)Layu di kunci
Layu di kunci? Ia cumalah suatu permainan sihir yang di kenakan kepada pasangan yg telah berumahtangga.. ia terjadi di sebabkan hasad dengki atau sifat cemburu �orang ketiga�.. yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.. ini antara salah satu faktor yang menyebabkan intitiusi rumah tangga retak tanpa di sedari,atau �hubungan intim� menjadi tidak mesra.. apabila perkara seperti ini berlaku, maka penghujungnya.. anak2 lah yg menjadi mangsa..nampak ringan bila sentuh soal2 seperti ini,tetapi kepada yg pernah atau sedang mengalaminya,hanya mereka sahaja yg tahu akan sengsaranya bila berhadapan akan masalah seperti ini...kami boleh tolong anda dengan izin ALLAH..
17)Kemurungan
Kemurungan adalah antara penyakit psikologi yg sangat bahaya.. ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yg mengalami tekanan dari kerja, rumah tangga, perhubungan dan lain2.. kemurungan juga boleh membawa kepada perbuatan seperti bunuh diri, amuk,pendiam dan lain2..jika di ambil kira mengikut sudut saintifik, ia terjadi di sebabkan oleh rasa kecewa, malu, dan lain2 perkara yg mendorong terjadinya kemurungan.. menyentuh soal islamik, selain berpunca dari diri sendiri, iblis laknat juga turut terlibat bersama..
18)Santau..
Santau, perkara yg biasa di dengar melalui kaca TV, dada2 akhbar, malahan ada yg pernah terjadi mungkin pada diri sendiri, ahli keluarga, rakan2, dan lain2 lg..tidak dapat di nafikan bahawa keperitan dan sengsara akibat santau ini..namun, terdapat beberapa persoalan yg perlu anda teliti kebenaranya..dgn menggunakan akal yg logik dan pemikiran yg waras, apa agaknya yg akan terjadi pada diri kita sekiranya di dalam badan terdapat paku, jarum, serpihan kaca dan lain2 barangan logam dlm diri kita.. Agak2nya berapa lama kita boleh hidup sekiranya benar2 terdapat barang2 tersebut di dalam tubuh badan kita?bolehkah anda berfikir sejenak dgn akal yg waras?..soal kesakitan dan keperitan yg di alami, itu adalah kisah lain..
19)Histeria/rasuk
Tajuk ini terbahagi kepada 2 bahagian..
1)emosi..
Emosi? Apabila zaman semakin maju, persekitaran semasa membuatkan pemikiran manusia semakin kreatif.. Juga di akibatkan oleh pengaruh2 luar dan dlm oleh media2..tidak perlu Sy kupaskan soal emosi ini, ia telah menjadi suatu trend yg baru sejak akhir2 ini..tujuannya mudah, untuk menyampaikan mesej yg sangat tersirat maksudnya, mungkin dari Anak2 kepada Ibu Bapa, dari isteri kepada suami, pelajar kepada guru, dan lain2..bawa kepada kami,kami akan tunjukkan realitinya kepada anda..
2)ganguan sebenar..
Inilah perkara yg sering terjadi dlm masyarakat kita..kebiasaannya ia berpunca dari tapak kawasan yg di diami atau bekerja..seperti perumahan, pejabat, persekolahan, dan lain2 lg..sekiranya ada Anak2 yg meluahkan rasa takut kepada Ibu Bapa tentang kawasan rumah atau sekolah, maka jgnlah pandang ringan perkara tersebut..sb di muka bumi ini,kita mungkin berkongsi tempat tinggal yg sama dgn makhluk yg tidak dapat di lihat..
20)Masalah Perniagaan
Masalah Perniagaan
Masalah perniagaan.. Suatu perkara yg menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.. Bermula dari sekecil2 perniagaan, sehinggalah sebesar2 sesuatu perniagaan itu, susah pasti terdapatnya masalah yg terbit di dalamnya.. Dan itulah cabaran yg perlu di hadapi oleh setiap individu ataupun kumpulan yg ingin memasuki dunia perniagaan..
Dan di dalam dunia perniagaan, seseorang itu perlu berani dan bijak dalam menghadapi setiap risiko serta cabaran yg bakal di hadapi suatu saat nanti.. Terutamanya hal2 yg berkaitan dgn pengurusan perniagaan..
Di dalam dunia perniagaan masyarakat di nusantara ini, ianya agak unik kerana banyak "PHD" terhasil akibat persaingan di dalam sesuatu perniagaan yg di jalankan.. Hasilnya, yg kuat terus teguh, dan yg lemah gulung tikar.. Sampai bila persaingan tidak sihat akan berlarutan? Tepuk dada Tanya iman..
Untuk masalah2 perniagaan seperti premis "tertutup", ganguan halus di dalam premis, dan lain2 lagi, InsyaAllah kami ada jalan keluar dari segi khidmat nasihat dan pemulihan premis..
Ramai yg tersalah anggap tentang jalan keluar bagi masalah perniagaan ini.. Ramai yg beranggapan dgn mengambil pelaris, masalah yg di hadapi boleh selesai dengan begitu sahaja.. Sebenarnya anda Silap sama sekali jika beranggapan pelaris merupakan jalan keluarnya..
Kadang2 pelaris yg di ambil bukan mengurangkan masalah, malah berlaku sebaliknya.. Itulah hakikatnya.. Lebih menyakitkan ialah sekiranya sesuatu pelaris itu bukan di isi dengan ayat2 suci Al quran, bertambah2 masalah nanti..
Kebiasaan untuk kes2 masalah perniagaan ini, adalah perlu untuk proses pemulihan sepenuhnya, kerana Setiap masalah tidak kira kecil atau besar, harus di tangani dari asas..
Apa yg pihak kami cuba lakukan ialah, kami cuba merubah mentaliti dan persepsi anda dari bergelumang dgn perkara salah tanpa anda sedari, kepada realiti kebenaran yg tersedia..
Terpulang kepada diri anda... Pilihan di tangan anda..
21)fobia
Fobia merupakan masalah yg di alami oleh segenap lapisan masyarakat, tidak mengira umur,jantina,bangsa dan agama.. Fobia merupakan suatu ketakutan emosi terhadap sesuatu peristiwa,perkara atau kejadian yg pernah di alami oleh mangsa suatu masa dahulu.. Dari sudut sains, terdapat nama2 saintifik yang di berikan terhadap jenis2 fobia.... Jalan keluar untuk masalah fobia ini ada.. Cuma ia bergantung pada keyakinan dan kekuatan diri pesakit ketika berhadapan dengan kaedah yg bakal kami gunakan.. Kami akan melatih anda, sehingga anda hanya takut pada ALLAH sahaja.. Kesabaran,kegigihan dan keazaman amat perlu anda wujudkan dari dalam diri sekiranya anda benar2 ingin hilangkan "fobia" menggunakan kaedah kami.. Jika anda telah bersedia untuk hilangkan fobia yg ada di dalam diri anda, maka jangan ragu2 untuk menghubungi kami..
22)Jantung..
Masalah jantung ialah antara masalah kesihatan yg sangat serius.. Jika dahulu, ianya hanya lah penyakit "pertengahan usia".. Namun di zaman milenium ini, masalah jantung telah merebak di setiap peringkat usia.. Dan seperti yg anda tahu, jantung merupakan organ yg paling penting di dalam tubuh badan, kerana ia mengawal setiap pergerakan darah yg menuju ke setiap organ2 yg terdapat di dalam tubuh badan kita.. Jika terhenti jantung berdegup, maka secara automatik sistem tubuh badan kita akan terhenti serta merta.. Dengan kata lain, mungkin ajal kita telah sampai... Untuk pesakit2 yg mengalami masalah jantung, pihak kami ada jalan keluarnya.. Jantung anda akan di bersihkan, mana2 saluran darah yg tersumbat akan di lancarkan, dan dengan izin ALLAH, Tiada yg mustahil..
Dan lain2 lagi kes yang biasa kami terima dan selesaikan dengan izin ALLAH.
Cara kami..
1)kami melakukan setiap rawatan,pemulihan dan pencegahan di tempat anda.
2)sebelum kami memulakan proses,kami akan �scan� keseluruhan diri pesakit terlebih dahulu.
3)kami akan terangkan apa yang kami lakukan ke atas pesakit selepas proses selesai..
3)setiap urusan kami akan di akhiri oleh akad.
4)kami juga akan memberikan anda tips yang berguna untuk diri anda sebagai panduan dan nasihat..
5)kerana setiap yang zahir itu perlu di seimbangkan dengan batin,dan begitu juga sebaliknya..
Kesimpulannya..batin merupakan perkara ghaib..dan percaya kepada perkara ghaib merupakan rukun iman yg harus kita pegang sebagai umat islam..jika kita tidak percayakan

Sabtu, 11 Mac 2017

Utusan Malaysia

ARKIB : 29/12/2012
'Keajaiban' bedah batin
SALAH satu teknik rawatan tradisional yang semakin popular hari ini adalah bedah batin. Bedah batin merujuk kepada proses pembedahan menggunakan peralatan sama seperti perubatan moden tetapi mendapat bantuan dari alam ghaib.
Antara 'keajaiban' teknik pembedahan itu pesakit dikatakan tidak perlu dibius ketika dibedah, walaupun untuk mengeluarkan organ dalaman.
Malah, menerusi teknik itu juga pesakit tidak perlu datang ke pusat rawatan tetapi rawatan boleh dilakukan dari jauh.
Bagi mendapat gambaran jelas mengenai teknik rawatan tersebut, penulis berkunjung ke sebuah pusat rawatan bedah batin di Kuala Lumpur.
Sebaik tiba di pusat rawatan yang beroperasi di premis perniagaan di tingkat bawah sebuah pangsapuri, penulis menuju ke meja pendaftaran yang dikendalikan oleh wanita dalam lingkungan usia 30-an.
Pada masa itu, kelihatan tiga pesakit sedang berbaring di atas katil yang disediakan bagi mendapatkan rawatan daripada seorang lelaki berusia awal 40-an.
''Itulah bomoh yang merawat pesakit di sini,'' ujar petugas di kaunter pendaftaran berkenaan.
Menurut wanita yang menjadi pembantu kepada bomoh berkenaan, selain pembedahan menukar organ, pusat rawatan itu juga menawarkan khidmat mencuci darah pada harga RM20 dan rawatan kebatinan untuk semua jenis penyakit termasuk penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus.
"Mereka yang datang biasanya menghidap sakit jantung, buah pinggang, barah dan ketumbuhan. Tapi kita boleh buat semua. Mereka yang susah dapat anak pun boleh mencuba,'' katanya.
Tambahnya, proses pembedahan dilakukan dalam keadaan sedar (tanpa bius) dan mendapat bantuan daripada alam ghaib.
Beliau mendakwa kelengkapan pembedahan di pusat rawatan itu sama seperti di hospital malah jauh lebih canggih, cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Sementara itu, ketika berada di kaunter pendaftaran pusat rawatan itu mata penulis sempat 'menjelajah' ke bilik pembedahan yang menempatkan kira-kira 15 buah katil.
Antara yang paling mencuri perhatian penulis ketika itu adalah gelagat bomoh yang menggayakan aksi seperti sedang membedah pesakit. Sedangkan tidak kelihatan sebarang gunting atau pisau di tangannya.
Beberapa minit kemudian, bomoh berkenaan beralih ke hujung katil pesakit dengan jarinya yang bergerak seolah-olah sedang menyentuh papan kekunci komputer.
Selepas proses 'pemantauan berkomputer' itu tamat, pesakit diberi masa kira-kira 10 minit untuk berehat sebelum meninggalkan pusat rawatan berkenaan.
Selain itu pusat tersebut juga mendakwa mampu menjalankan rawatan dari jauh.
"Sebut sahaja nombor rumah, 'kami' boleh ke sana. Jika yang sakit sedang dirawat di hospital sebut sahaja nombor katil, kita buat dari jauh," ujar penjaga kaunter pendaftaran itu lagi.
Walaupun apa yang disaksikan seperti tidak masuk akal, namun perkhidmatan bedah batin di situ mendapat sambutan berdasarkan kehadiran pesakit ke pusat rawatan berkenaan.
Selain itu, peningkatan populariti teknik rawatan itu menyebabkan bilangan pusat rawatan yang menawarkan bedah batin turut bertambah.
Berdasarkan buku pendaftaran yang ditunjukkan oleh petugas kaunter pendaftaran, jumlah kehadiran pesakit pada hari tersebut mencecah 40 orang dan bertambah setiap hujung minggu.
Pusat rawatan yang beroperasi tiga hari seminggu itu mempunyai empat cawangan di luar Kuala Lumpur.
Sementara itu, bomoh yang menjalankan perkhidmatan itu sejak empat tahun lalu mendakwa, pesakit tidak perlu bimbang untuk menjalani rawatan kerana prosesnya tidak menyakitkan malah tidak meninggalkan kesan.
"Pembedahan menukar organ di hospital mungkin mengambil masa berjam-jam namun di sini hanya memakan masa 15 minit dengan bayaran RM200,'' katanya.

Sel Barah Kanser dapat Dihancurkan Sekelip Mata !

(SuraH) Sebarkan Seluasnya kerana Masih Ramai yg Belum Tahu, Hanya dengan 8 Surah Sel Barah Kanser dapat Dihancurkan Sekelip Mata !

loading...
Ramai pesakit barah mahupun kanser hampir hilang semangat bila menghitung hari utk bertemu dgn Maha Pencipta...namun, tahukan anda, dgn amalan 8 surah ini, dgn izin Allah, segala bentuk sel barah kanser dpt dihancur dan dimusnahkan ? Silakan SHARE utk manfaat kita bersama !

Surah Musnahkan Sel Barah Kanser | Lapan surah ini jika diamalkan secara berterusan insyaallah mampu memusnahkan kanser barah. Jika tidak mampu membacanya sendiri, boleh sesiapa sahaja untuk membacakannya.
Sebelum memulakan baca ini dulu :
Istigfar 10 kali
Salawat Nabi 10 kali
Al Fatihah 1 kali
Kemudian sediakan air di dalam botol, setiap kali surah dibaca, tiupkan kepada air. pesakit dinasihat minum air setiap hari atau sapu atau mandi pada anggota yang terkena barah.
Antara surah-surah tersebut :
Surah Al Maidah Ayat 82-91
Surah Al Araf Ayat 70-81
Surah Ar Ra’d Ayat 16-28
Surah Al Anbiyaa’ Ayat 38-50
Surah Asy Syu’ara Ayat 185-227
Surah Az Zummar  Ayat 42-52
Surah Ghafir Ayat 67-77
Surah Az Zukhruf Ayat 52-70
Moga-moga dengan mengamalkan surah-surah ini mampu membantu menyembuhkan penyakit di atas KekuasaanNYA.  Insyaallah.

Rabu, 8 Mac 2017

Sedikit kata

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada yang  berkenaan.

Dengan nama Allah yang maha penyayang maha melindungi kita dan menyubuhkan kita dari segala penyakit.Minta kita dijauhkan daripada segala penyakit dan diberikan kesumbuhan sihat seperti sedia kala.

Nabi s.a.w bersabda:

"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"