Rabu, 15 Mac 2017

Ustaz Abdullah Idris

013-4479610

( mengikut syarak)

Sepanjang tempoh saya melakukan rawatan untuk pesakit yang mengalami gangguan jin, banyak cerita-cerita yang saya dengar dari para pesakit saya. Mereka ini pernah mendapatkan rawatan dengan perawat lain sebelum datang untuk mendapatkan rawatan dari saya.

Mereka menceritakan ada perawat yang merawat mereka mengatakan mereka ini telah disihir oleh sifulan. Ada perawat lain pula yang mengatakan mereka ini ada saka keturunan, dan macam-macam lagi. Tetapi apa yang agak memelikkan saya ialah semua yang dikatakan oleh perawat-perawat ini berdasarkan rawatan yang dilakukan secara jarak jauh. Contohnya menggunakan gambar, nama dan sebagainya.

Bolehkah? Benarkah? Kaedah ini syar’i ke tak?

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini, saya nak kongsikan dengan anda dua perkara yang menjadi asas dalam tulisan saya kali ini.

1) Percaya kepada perkara ghaib adalah ciri-ciri orang beriman

Allah s.w.t berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5, bermaksud:

“Alif, Laam, Mim. (1) Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya), dan ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya (5)”
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan dengan jelas tentang ciri-ciri orang yang beriman. Saya taknak highlight kan semuanya. Saya nak fokuskan pada ciri yang pertama sekali berdasarkan ayat di atas, iaitu beriman kepada perkara ghaib.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara ghaib?

Ghaib menurut istilah adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia, tetapi kewujudannya dibenarkan oleh al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Oleh kerana itu, apabila seseorang menafikan atau tidak mempercayai perkara ghaib, samalah seperti orang itu mengingkari agama Islam itu sendiri.

Antara perkara-perkara yang termasuk di dalam perkara ghaib ialah:

Syurga
Neraka
Soalan kubur
Alam jin
Alam malaikat
Masa lalu
Masa depan
Tapi yang menjadi masalah dalam masyarakat kita ialah mereka taksub dengan individu-individu yang ada kebolehan tentang perkara ghaib. Bahkan masyarakat kita menganggap orang-orang yang tahu perkara ghaib ini adalah orang yang warak, alim dan dekat dengan Allah. Hingga Allah buka hijab kononnya. Sedangkan al-Quran menerangkan yang sebaliknya.

2) Tidak ada seorang pun makhluk Allah yang tahu persoalan ghaib

Jangan terpedaya dengan kata-kata kononnya seseorang itu diberi kelebihan oleh Allah sehingga dia dapat mengetahui persoalan ghaib. Bagaimana ada yang berani mengaku yang dia diberikan kelebihan oleh Allah tentang perkara ghaib, sedangkan di dalam Al-Quran Allah telah memerintahkan kepada Rasulullah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Baginda langsung tidak mengetahui persoalan ghaib.

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Surah an-Namlu ayat 65 yang bermaksud:

“Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”
Surah at-Taubah ayat 101 bermaksud:

“Dan diantara orang-orang yang disekeliling kamu dari orang-orang Arab ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah, mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar”
Dalam ayat di atas, Allah dengan tegas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri tidak m
RAWATAN & SCAN PENYAKIT JARAK JAUH

Jika perubahan itu berlaku secara mendadak dan tidak diketahui apa puncanya, boleh jadi ianya berpunca dari gangguan. Sila dapatkan rawatan dari pusat rawatan yang berhampiran. Jika inginkan khidmat rawatan dengan saya, sila hubungi 013-4479610 untuk kita buat temujanji rawatan.

Reply ↓

Zarif
02/10/2016 at 12:40 pm
Yg lain semua betul tpi Yg sye thu syaitan tidak dpt dilihat oleh kite tapi jin boleh ,jin adelah mkhluk seperti manusia yg beragama dan mkn dan minum kerana syurga ade jin, manusia dan haiwan yg mentaati perintah Allah dan mereka yg ingkar kepade Allah akn bersme dgn syaitan dineraka..

Maaf ye pasal jin ade ustaz silap, yg pasal syaitan bukan adik beradik dgn jin, jin adelah jin dan syaitan adelah syaitan, dan ada pengikutnya iaitu jin dan manusia yg ingkar perintah Allah

Tq

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
07/10/2016 at 3:37 pm
Terima kasih atas pencerahan saudara

Reply ↓

wazyWan Zawawi
09/06/2016 at 12:04 am
Terima kasih ustaz,saya bookmark untuk bacaan sekali lagi nanti

Reply ↓

nurul
08/06/2016 at 9:56 am
Assalamualaikum. Ustaz bagaimana pula sekiranya pesakit itu mendapatkan rawatan jarak jauh dengan perawat yang pernah merawat pesakit itu sebelum ini? Rawatan yang dilakukan hanyalah berbentuk doa sahaja. Apakah kita juga statementkan perawat tu tidak betul? mohon pencerahan,

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
09/06/2016 at 12:58 am
Waalaikumussalam nurul,

Kalau sekadar perawat tu buat rawatan jarak jauh dengan menggunakan solat hajat dan doa sebagai contoh, itu takde masalah. Yang jadi masalah apabila perawat tu boleh cerita dari A sampai Z apa masalah nurul, tak pelikke?

Sekadar solat hajat saya pun ada buat, tapi takdelah pulak lepas tu saya cerita orang ni ada masalah sihir. Sihir tu dah lama. Orang sekian sekian yang hantar, ada 5 ekor jin dalam badan, ini yang saya kata tak boleh.

Harap jawapan ni membantu

Reply ↓

Afif Rayyan
14/05/2016 at 6:47 pm
Info yang menarik

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
16/05/2016 at 12:31 am
Terima kasih tuan Afif Rayyan kerana sudi melawat blog saya.

Reply ↓

Sabariah Muhammad
07/05/2016 at 1:44 pm
Assalamualaikum ustaz,

Saya mahu bertanya mengenai persoalan ini, mungkinkah seseorang itu boleh mengalihkan ruh orang yang lain melalui perhubungan ruh. Saya maksudkan adalah memindahkan ruhnya ke dalam ruh pesakit.

Sekian, terima kasih.

Sabariah Muhammad.

Reply ↓

Ustaz Abdullah Idris Post author
08/05/2016 at 7:21 am
Waalaikumussalam cik/puan Sabariah,

Allah berfirman di dalam al-Quran surah al-Isra ayat 85 yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”

Ayat di atas jelas.Ruh adalah urusan Tuhan.Dan tiada seseiapa pun yang mempunyai ilmu tentang perkara berikut.Pada pandangan peribadi saya,tidak ada manusia yang boleh pindahkan ruhnya ke dalam ruh orang lain.Saya menganggap ini lebih kepada perbuatan menurun,yang biasanya diamalkan oleh para bomoh dengan menggunakan pertolongan jin.

Sebaiknya,untuk mengelakkan kita terjebak dalam perkara-perkara khurafat dan syirik,jauhilah kaedah rawatan begini.

Wallahu A’lam.

Reply ↓
Ada pandangan? Kongsikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan