Thursday, January 5, 2012
LYAfrina at 2:26 PM
Proses Pembedahan Batin
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua rakan-rakan yang banyak support saya serta fedback yang saya dapat dari entri " Pembedahan Batin " baru-baru ni. Dan saya juga ucapkan terima kasih buat salah sorang blogger yang ingatkan saya ttg pembedahan batin ni agar tidak terpedaya dengan penipuan & kehilagan ribuan ringgit. Dan terima kasih kerana sudi kongsikan sekali v-deo pembedahan batin dibawah untuk rujukan saya.
Bila saya tgk v-deo ni... Serius ..saya sgt2 ngeri melihat proses pembedahan batin yang ditunjukkan dalam video ni..
Ok..kali ni saya nak share macam mana saya melalui pembedahan batin baru-baru ni. Memang jauh beza dengan cara pembedahan batin di dalam video ni. Takde menggunakan sebarang alat atau pon melakukan pembedahan real macam tu..melainkan menggunakan surah. Selain tu.. tempat saya terima rawatan ni tak menetapkan harga untuk jalani rawatan tu... Semuanya atas ikhlas dari hati..
Bersama saya yang menemani saya sepanjang proses tu ialah Fain, Mama & MIL.. Tempoh proses pembedahan tu dalam 10-15 minit jer. Dan sebelum proses pembedahan batin dijalankan, saya disuruh mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3 kali & selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali. Semasa proses dijalankan, saya hanya terbaring di katil (macam hospital jer)...dan tutup mata. Dan semasa proses pembedahan batin dijalankan, hanya dengan membaca surah al-quran. Sambil tangan org y merawat saya memegang di bahagian yang bermasalah. Saya difahamkan... setiap penyakit ada surahnya. (teringat racangan nasi lemak kopi o..dimana pusat perubatan darul syifa pon menggunakan surah untuk rawat pesakit) . Sepanjang proses tu... memang rasa seakan boleh rasa denyut2 laju mengalir di bahagian y disentuh,.. Ada rasa2 macam elektrik... saya x reti nak tafsir macamana.. Tapi ianya x menyakitkan...tapi .. ada rasa. Selepas selesai... sy perlu berehat selama 1 jam di katil yang disediakan selepas proses tu. Pada hari yang sama dengan saya ada 3 orang yang turut mejalani proses ni. Dan seorang tu ada ketumbuhan dalam otak,.. tapi dah ok dengan izin allah swt selepas beberapa kali mecuba kaedah altenatif ni.
Beberapa jam lepas proses ni..memang badan terasa letih macam betul2 lepas jalani pembedahan sebenar. Dan saya muntah banyak kali... beserta lendir-lendir & darah-darah beku lama. Rasanya darah beku kesan dari luka akibat tiub intubator. Setakat ni... ada sedikit perubahan +ve... Apa-apa pun, saya berdoa pada tuhan... hanya Dia yang menentukan segalanya. Jika ianya berkendak saya sembuh.. sembuhlah saya. Semuanya denga izin Allah.. Saya sebagai manusia, hanya mencuba n berusaha untuk mengubati diri.. Asalkan ianya x melanggar hukum syarak.
Setakat ini dulu perkongsian dari saya.. Insyallah..saya akan update dari masa ke semasa sebarang perubahan atau pun kesan selepas mencuba cara alternatif ni.. Buat masa ni, biarlah saya cuba dengan cara ni dulu, sebab saya dah agak fedup ke spital. Salah satu faktor... tubuh saya memang dah tak kebal nak terima treatment mahupun setakat injection.. Semua semua urat saya dah hancur... bahagian yang ada untuk ambik darah/masuk ubat/cucuk just bahagian leher & celah kankang.. Urat-urat bahagian tangan & kaki dah hacur. Huhu.. klo boleh ambik gambar, nak je tunjuk urat kat tangan ni.. Ntah apa2...tak nampak rupa dah...
UPDATE 2016
**Saya Mohon Maaf Pada Sesiapa Yang Bertanya Tempat Saya Berubat Ni...
Tempat Ini Sudah Tidak Beroperasi Kerana Pemiliknya Sendiri Mengalami Masalah kesihatan**
Assalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit boleh diganggu tidak kira masa. Lokasi Pasir Mas Kel. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com
BalasPadamAssalamualaikum...nak tanya kat mana tempat rawatan batin ni tuan?
BalasPadamAssalammualaikum..mcm mana keadaan skrng selepas pembedahan batin?sudah bertambah baik ke?
BalasPadam