Baru Tahu Ada Kaedah "Bedah Batin" Di Sik, Kedah?
Menurut tinjauan Kedahnews.com, Pak Teh Jan sudah lama terkenal di Kedah dengan kemahiran perubatan tradisionalnya di sini sehingga menggamit ramai pesakit dari dalam dan luar negara datang berubat dengannya.
Namun bagi sesetengah pihak, mungkin ini pertama kali mereka tahu tentang wujudnya kaedah "bedah batin" untuk mengubati pesakit.
Sebetulnya kaedah ini sudah viral kira-kira 3-4 tahun sebelum ini.
Bomoh ‘bedah batin’ atau ghaib sebenarnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di sesetengah tempat tetapi pada hari ini, pengamal perubatan tradisional yang pandai mengubat guna kaedah ini semakin jarang didengar.
Cuma berbekalkan ranting dan sirih ‘pembedahan’ dilakukan dan apa yang paling menakjubkan, doktor istimewa dikenali sebagai Pak Teh ini melakukannya dalam masa singkat.
Secara lahiriah tak nampak apa yang dilakukan Pak Teh melainkan pesakit mengeliat kesakitan ketika bahagian sakit ‘ditoreh’ tapi terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak bahawa pengubatan sedang dijalankannya.
Tidak mengapa kalau ada yang kurang percaya namun apa yang pasti, ramai pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat Pak Teh setiap hari.
Daripada rakaman di bawah, dapat dilihat ada yang datang bawa tongkat tapi lepas berubat dah lupa tongkat masa nak balik.. ada tu pulak siap dipesan Pak Teh supaya segera dilumur air pinang sebab bahagian dada tengah ‘berdarah’ sampai habis lencun bajunya.
Untuk faham apa yang kami maksudkan, sila tonton video di bawah..
Sebagai iklan ‘khidmat masyarakat’ dari kami, sesiapa yang berminat nak berikhtiar dengan Pak Teh bolehlah datang ke Kg Tala yang terletak di Jeneri, Sik, Kedah.
Apa pun bagi umat Islam, kita mesti ingat dan faham bahawa sekiranya penyakit sembuh selepas berubat dengan apa cara sekalipun, rawatan hanyalah penyebab sedangkan yang menyembuhkan penyakit itu adalah ALLAH SWT. -Kedahnews.com
Info Rahsia Pakar Perubatan Islam.Bantuan Perubatan Tradisional Islam.InsyaAllah dengan IzinNya
Khamis, 16 Mac 2017
PRI Pakteh diSik kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan