Baru Tahu Ada Kaedah "Bedah Batin" Di Sik, Kedah?
Menurut tinjauan Kedahnews.com, Pak Teh Jan sudah lama terkenal di Kedah dengan kemahiran perubatan tradisionalnya di sini sehingga menggamit ramai pesakit dari dalam dan luar negara datang berubat dengannya.
Namun bagi sesetengah pihak, mungkin ini pertama kali mereka tahu tentang wujudnya kaedah "bedah batin" untuk mengubati pesakit.
Sebetulnya kaedah ini sudah viral kira-kira 3-4 tahun sebelum ini.
Bomoh ‘bedah batin’ atau ghaib sebenarnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di sesetengah tempat tetapi pada hari ini, pengamal perubatan tradisional yang pandai mengubat guna kaedah ini semakin jarang didengar.
Cuma berbekalkan ranting dan sirih ‘pembedahan’ dilakukan dan apa yang paling menakjubkan, doktor istimewa dikenali sebagai Pak Teh ini melakukannya dalam masa singkat.
Secara lahiriah tak nampak apa yang dilakukan Pak Teh melainkan pesakit mengeliat kesakitan ketika bahagian sakit ‘ditoreh’ tapi terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak bahawa pengubatan sedang dijalankannya.
Tidak mengapa kalau ada yang kurang percaya namun apa yang pasti, ramai pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat Pak Teh setiap hari.
Daripada rakaman di bawah, dapat dilihat ada yang datang bawa tongkat tapi lepas berubat dah lupa tongkat masa nak balik.. ada tu pulak siap dipesan Pak Teh supaya segera dilumur air pinang sebab bahagian dada tengah ‘berdarah’ sampai habis lencun bajunya.
Untuk faham apa yang kami maksudkan, sila tonton video di bawah..
Sebagai iklan ‘khidmat masyarakat’ dari kami, sesiapa yang berminat nak berikhtiar dengan Pak Teh bolehlah datang ke Kg Tala yang terletak di Jeneri, Sik, Kedah.
Apa pun bagi umat Islam, kita mesti ingat dan faham bahawa sekiranya penyakit sembuh selepas berubat dengan apa cara sekalipun, rawatan hanyalah penyebab sedangkan yang menyembuhkan penyakit itu adalah ALLAH SWT. -Kedahnews.com
Info Rahsia Pakar Perubatan Islam.Bantuan Perubatan Tradisional Islam.InsyaAllah dengan IzinNya
Khamis, 16 Mac 2017
PRI Pakteh diSik kedah
Bedah batin di HB Melaka.
Berubat di Hospital Batin, Melaka
Salam,
Malam kelmarin seorang sahabat baik di HQ Mara menelefon PHD untuk sharing tentang seorang ustaz yg semakin popular di Melaka. Jadi, PHD pun buat homework tentang beliau. Ini hasilnya..
Sumber : http://mrsmmersing.blogspot.com/2011/11/pembedahan-batin-1-berubat-di-hospital.html
Tujuan entry ini, bukan untuk menyuruh kawan2 percaya. Terpulang pada individu untuk menilai. Pernah berhadapan dengan situasi, di mana family atau saudara mara kawan2 sendiri, sakit teruk, dan telah berulang alik ke hospital, tapi tidak juga kurang sakitnya, dan mereka akan cuba ikhtiarkan berubat secara tradisional? Ya, semalam aku menemankan saudara pergi berubat di Melaka. Pembedahan secara batin, menarik kan bila dengar? Actually, aku pun tak tahu nak explain camne. Kawan2 boleh tengok sendiri macam mana ustaz itu ubat orang. Cuma, terangkan pada Ustaz sakit nya, dan ustaz akan teruskan rawatan. Ianya umpama satu pembedahan. Pesakit sendiri yang akan merasakannya. Cuma, tiadalah jarum2 tajam yang ngeri dan bius yang memengsankan pesakit. Dan pesakit akan tidur selama lebih kurang 35 minit selepas pembedahan selesai.
Sebenarnya, pusat rawatan ni menggunakan blok asrama lama anak2 yatim. Asrama baru yang lebih cantik telah dibina oleh Ustaz Rahim ni hasil pendapatan yang diterima beliau semasa mengubat orang. Actually, sebahagian pendapatan Ustaz khas diperuntukkan untuk anak2 yatim tersebut. Tiada bayaran tetap dikenakan untuk para pesakit. Terpulang kepada individu, kerana ia umpama sedekah untuk anak2 yatim itu.
Ahli keluarga pesakit ini siap bawa X-ray dari hospital untuk rujukan Ustaz. Aku lihat, kakak itu teruk sakitnya. Jadi, keutamaan diberi kepada pesakit2 yang sudah uzur (warga emas yang berkerusi roda) dan bayi2 kecil. Mereka diberikan rawatan dahulu.
Jadi, sesiapa yang ingin berubat membawa insan2 tersayang, silalah ke alamat di bawah. Kalau sesat, silalah tidak malu untuk berhenti bertanyakan jalan pada orang2 Melaka yang ramah. :
Pusat Rawatan Alternatif,
Madrasah Anak-Anak Yatim,
Darul Aitam, Kampung Bukit Pegoh,
Telok Mas, 75460 Melaka.
Ustaz Rahim : 016-6451080
Masa rawatan : Isnin - Rabu : 2 petang - 11.30 malam
Sabtu - Ahad : 12 tghari - 11.30 malam
Khamis dan Jumaat : Cuti
dan satu tempat lagi tertulis di kad ini :
Blok 205, Kedai No. 1, Flat Sentul Utama,
Jalan Dato' Senu 26, Sentul, Kuala Lumpur.
En. Idrus : 017-2864461
Pn. Pah : 017-2766248
Masa rawatan : Khamis : 2ptg- 8 malam
Jumaat : 10 pagi - 8 malam
Minggu ke 2 & 4 sahaja
Rawatan Jarak Jauh juga boleh dilakukan jika pesakit tidak dapat datang kepusat rawatan ini.Pesakit hanya perlu telepon kami dan berikan nama penuh dan hendak lah baring dirumah selama 40 minit tidak boleh bergerak .Cara bayaran bagi pesakit yang melakukan rawatan jarak jauh adalah seikhlas anda.Boleh dimasukkan keakaun Bank
Isteri En,Rohaimi Bin Yon/Puan Hindon Jamri
nama akaun bank:Maybank
no akaun bank :154129007234
Rawatan yang pusat kami lakukan seperti masalah dalaman seperti:
sakit jantung,paru-paru,buah pinggang,asma,kanser dan berbagai-bagai lagi.Pusat rawatan kami berkonsepkan Hospital tapi apa yang kami lakukan tidak dapat dilihat dengan mata kasar semua nya secara Ghaib dan tidak penggunakan jin atau pendamping semua perubatan kami hanya memohon pada yang satu iaitu Allah semuanya atas Izinnya. Kita manusia hanya perlu berusaha dan tawakal yang lain kita serahkan kepada Allah.
Tapi diingatkan, orang yang datang berubat sangattla ramai. Kereta berderet2. Kaum Cina dan India pun ada. List yang mendaftar sangat panjang. Kalian perlu bersabar menunggu turn. Contohnya, aku bertolak dari rumah selepas Subuh, dan sampai di Melaka area pukul 9. Dapat turn pukul 11 pagi. Tapi sebab orang ramai, dan orang yang datang macam2 penyakitnya, especially yang emergency case, turn saudara aku jadi pukul 4 petang. Sekian terima kasih. Hihi. Rasa mahu bergolek2 kat situ. Lama tunggu. Hehe. Jadi, silalah datang seawal mungkin ok!Dapatkan giliran seawal mungkin. Dan sila telefon untuk bertanya dahulu.
Dari feedback orang ramai yang pergi berubat, ramai yang sudah sembuh. Pelbagai macam penyakit. Kanser, buatan orang, Contohnya, seorang kawan mama yang menghadapi kanser payudara, dan anaknya tidak dapat menyusu badan. Sekarang, bayi itu sudah boleh menyusu secara normal. Alhamdulillah.
Dan ada juga pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat zuriat. Mereka cuba ikhtiarkan di sini. Tetapi, syaratnya, kedua2 suami isteri mesti hadir. Dengarnya, si isteri pregnant selepas itu. Alhamdulillah.
Ada juga pesakit yang datang akibat diganggu makhluk2 halus. Ini pun boleh diikhtiarkan di sini. Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah feedback dari orang yang berjaya selepas rawatan. Sila jangan mempercayainya 100%. Pergilah cuba dan tengok sendiri hasilnya. Niat aku hanya ingin menolong insan2 yang sakit. Tak salah untuk kita ikhtiarkan? T etapi kita semua perlu yakin, dengan kuasa dan izin Allah sahaja semua penyakit akan disembuhkan. Begitulah kata Ustaz. Selamat berubat. Semoga entry ini menolong ramai orang untuk sembuh. Aminnn;)
Nota:
Ini kira testimoni dari cousin aku.
Aku sebenarnya baru pulang beraya dari rumah cousin aku di Puncak Alam. Lama tak jumpa sebab cousin aku ni setahun lebih ada di Chile kerana kerja dan ketika gempabumi di negara Chile baru-baru ini, dia pun kena...nasib baik selamat..sembang punya sembang, dia tanya pernah dengar 'Hospital Ghaib' di Melaka? Aku kata..tak pernah pulak..then dia pun cerita...dia pergi berjumpa dengan ustaz seperti dalam artikel diatas kerana tulang belakang dia sakit.
Jadi selepas memberi penerangan perihal penyakit kepada ustaz, cousin aku kata..dia diminta baring diatas katil ...dan operasi membuang tulang belakang dan menggantikan tulang baru di lakukan. Jika dilihat, ianya tiada apa2 pun di tangan ustaz tersebut tapi gaya tangannya seperti memegang sesuatu. Membedah bahagian belakang, memotong tulang, dan menukar tulang baru. Tulang belakang cousin aku tu dipotong sekerat dalam 5 inci dari bawah dan ditukar dengan tulang baru..semuanya dengan ghaib. Selepas itu, tuiada rasa sakit di tulang belakang.
Tapi cousin aku tu cakap, dia tanya ustaz itu, kenapa dia tak nampak apa-apa peralatan pembedahan pun dalam bilek ini. Ustaz itu cakap ini dunia ghaib. Ustaz imemberitahu peralatan perubatan yang digunakan adalah seperti yang kita lihat didalam bilek pembedahan..tp ianya amat canggih, dan harganya amat mahal jika didunia nyata, kata ustaz tersebut apabila cousin aku tanya.
Cousin aku tu juga ada mempunyai penyakit kencing manis. Percaya ke tidak jika aku cakap ustaz tersebut telah menukar pankreas cousin aku dan setelah selesai, beberapa minggu kemudian, dia pergi buat pemeriksaan di klinik dan doktor pun hairan kencing manis dia pun dah hilang tp dia tak bgtahu doktor bagaimana boleh hilang.
Semuanya kuasa Allah s.w.t dan tak semua pesakit yang berubat disana akan sihat. Bergantung kepada kesesuaian diri masing-masing. Tiada bayaran tertentu dikenakan dan pesakit cuma perlu bersedekah sebanyak mana yg mampu dan cuma membayar air RM3 sebotol yang telah di jampi oleh ustaz.
Belajar ilmu bedah batin
Kuasa Minda Dan Pembedahan Batin.
Sewaktu saya masih kecil dahulu sering kali saya terdengar tentang kemampuan seseorang
melakukan hal-hal yang luar biasa termasuklah pembedahan batin atau pembedahan psikik. Semakin saya cuba menggali dan mengkaji tentang kemampuan psikik ini semakin banyak rahsia-rahsianya saya perolehi. Dengan infomasi ini saya mencari dan mendatangi seseorang yang dipercayai mempunyai kemampuan seperti ini .
Kebetulan tidak jauh dari rumah saya di sebuah kampung yang di kenali sebagai kampung cabang tiga kuala terengganu ada seorang yang bernama Pak Awi. Beliau mempunyai kemampuan pembedahan batin ini. Versi ilmu pembedahan batin beliau lebih mirip dengan ilmu debus. Ilmu debus lebih mirip dengan ilmu pertunjukan dan kebatinan masyarakat Banten
Indonesia. Terutama sekitar Rangkas Bitung dan pergunungan kaum Baduy.
Versi yang lain saya temui dalam sebuah aliran kebatinan di Cekampek, Sukabumi dan di daerah Kerawang Indonesia. Di Syah Alam dan di sebuah pusat rawatan di Ibu Negara juga menggunakan asas keilmuan kebatinan ini . Berbeza dengan keilmuan dari Melaka menghandalkan kekuatan Visualisasi untuk melakukan pembedahan batin ini. Kesimpulanya Ilmu pembedahan kebatinan ini ada. Cuma versi yang berbeza, ada yang menggunakan Visual ada yang menggunakan bantuan makhluk ghaib untuk menciptakan “rekayasa kejadian” seolah olah berlakunya pembedahan batin ini. ( Saya akan jelaskan dalam penulisan akan datang )
Pada penulisan saya kali ini saya ingin menjelaskan bagai mana pembedahan batin ini di lakukan dalam kacamata minda bawah sedar.
Pembedahan batin yang akan di kupas pada hari ini adalah sebuah keilmuan yang di gali dari potensi diri anda sendiri. Sewaktu saya belajar silat sedikit masa lalu. Kami sering terkena tikaman dan luka sewaktu berlatih. Pada satu ketika seorang rakan perguruan terkena golok di bahagian perut ususnya terburai. Dengan selambanya guru saya menutupi luka dan memasukan kembali usus yang terburai. Dari apa yang saya pelajari dari guru tersebut maka saya memahami bagaimana fenomena ini dapat di lakukan dalam 2 sudut pandang. Pertama dalam kaca mata kebatinan yang kedua dalam kacamata Kekuatan Minda bawah sedar. Dalam sudut pandang kebatinan akan saya tulis dalam ruangan keilmuan kebatinan ( tunggu artikal seterusnya.
Pembedahan batin dapat di lakukan dengan berbagai cara: Cara pertama dengan menggunakan ayat Al Quran dan doa ( Jibril mebedah Rasul ).Cara Kedua menggunakan keilmuan Debus Banten, ilmu pancasona dan hijib Akbar. Cara ketiga menggunakan kuasa minda bawah sedar.
Cara penggunaan minda bawah sedar:
1.Pesakit di beri saranan untuk masuk kedalam relaksasi. Dengan cara memegang 2 point ( di Ajar dalam Aura Therapy ) Pada bahagian tertentu untuk memotong komunikasi antara otak dan tubuh manusia. Cara ini memberi kesan untuk menghilangkan rasa takut, menimbulkan keyakinan diri dan menghilangkan kesakitan. Pada tahap ini perawat akan bermain dengan imajinasi pesakit untuk untuk menciptakan suasana tenang pada pesakit.
2.Sentuh 3 point Alpha yang ada pada bahagian tubuh, untuk ancho tahap kesedaranpesakit. Sentuhan pada poin ini menghalang dari pesakit kembali kepada pemikiran beta, yang dapat menghantar pesakit kedalam keadaan normal kembali. Point ini merupakan kunci kejayaan sepanjang pembedahan batin ini kita lakukan.
3.Stril pisau bedah Tanda tempat yg hendak di bedah dengan marker pen.
4.Pembedahan di lakukan dengan cara menikam dan di tetas bahagian yg sakit. Paling penting pembedahan harus di lakukan dengan cara mengikut arah saraf. Jangan memotong bersilang atau berlawanan dengan arah saraf. Urat sekecil apa seboleh bolehnya jangan sampai terputus.
Ketumbuhan yang telah dikeluarkan harus di kuburkan
Kursus Aura Bidadari & Kaji Potensi Dalam Bissnes
akan di adakan
Lokasi :JOHOR ( Kota Tinggi )
Pada: 27.06 2009 ( Sabtu )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 150.00
sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Kursus AURA THERAPY
akan di adakan
Lokasi : KUALA LUMPUR
(alamat kursus dan peta)
Pada: 28.06 2009 ( Ahad )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 475.00
sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Bagi Anda Ingin Membawa Program Kami ketempat Anda. Kami sangat mengalu alukanya Sila berhubung dengan Event Organizer Pusat Menjaro 016 2965644 & 012 9642466
Kos pembedahan jantung
Kos pembedahan jantung bukannya murah.
Bayi Jantung Berlubang Perlu RM100,000 Kos Pembedahan,
Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 9:32 AM
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang menghidap masalah jantung berlubang, memerlukan bantuan kira-kira RM100,000 bagi membiayai pembedahan dan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Nur Aina Nasuha dari Penaga, Butterworth dikesan menghidap penyakit jantung berlubang dan saluran jantung sempit sejak berusia sebulan oleh doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah dan Hospital Pulau Pinang.
Menurut bapanya, Mohd Zahir Musa, 38, setiap bulan, beliau dan isteri Norazila Jaafar, 31, membawa anak ketiganya itu ke hospital di Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan sehingga dia berusia sembilan bulan.
"Kemudian kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum dibawa ke IJN pada 18 November lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di IJN di sini Khamis.
Pada 21 November lepas, Nur Aina menjalani pembedahan pertama di IJN dan doktor melakukan rawatan 'Ventricular Septal Defect Closure (VSD) bagi menutup jantung yang berlubang. Kanak-kanak itu dijadualkan menjalani pembedahan kali kedua untuk memasukkan 'pacemaker' ke dalam badannya pada Jumaat.
Mohd Zahir berharap agar pembedahan itu berjalan lancar dan berjaya.
"Saya mahu yang terbaik untuk anak saya, tak sanggup tengok keadaan dia sekarang mengalami kesakitan," katanya.
Mohd Zahir yang bekerja sebagai mekanik di Penaga hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan dan wang itu tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan susulan anaknya itu.
Beliau mempunyai dua lagi anak perempuan yang masih bersekolah Nur Aulia Maisara, 10, dan Nur Iman Qhaisyara, 7.
Beliau amat berharap sumbangan orang ramai dapat meringankan beban mereka bagi menampung pembedahan dan rawatan susulan anaknya itu.
Nur Aina ialah antara pesakit yang mendapat pembiayaan daripada IJN Foundation, bagaimanapun dana tambahan diperlukan dan boleh disalurkan kepada yayasan itu.
Pacemaker adalah alat pacu jantung (peranti) yang diletakkan di dada atau perut untuk membantu mengawal ritma jantung yang tidak normal.
Peranti ini menggunakan elektrik untuk menggerakkan jantung berdegup secara normal.
Peranti ini dapat mengelakkan pesakit daripada keletihan, sesak nafas atau pengsan, malah sekiranya semakin parah, boleh menyebabkan kematian.
Mereka yang berhasrat untuk membantu kanak-kanak ini boleh menghulurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank 564258577396 atas nama IJN Foundation atau hubungi Eksekutif Kanan, Pentadbiran dan Kewangan IJN Foundation, Siti Fairus Abdul Mohamed di talian 03-26178200 sambungan 3196 atau 019-6032942 untuk pengesahan.
Tags / Kata Kunci:
jantung berlubang , Nur Aina Nasuha , Pacemaker , IJN
ARTIKEL BERKAITAN
Pesakit jantung, Nur Aina Nasuha Mohd Zahir, 1, dipantau oleh ibunya Nor Azila Jaafar, 31, kelihatan lemah ketika mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara. Nur Aina memerlukan bantuan bagi kos rawatan untuk menjalani pembedahan 'pacemaker' dan rawatan susulan sekitar RM63,000.
Rabu, 15 Mac 2017
Risiko Pembedahan Batin
Thursday, January 5, 2012
LYAfrina at 2:26 PM
Proses Pembedahan Batin
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua rakan-rakan yang banyak support saya serta fedback yang saya dapat dari entri " Pembedahan Batin " baru-baru ni. Dan saya juga ucapkan terima kasih buat salah sorang blogger yang ingatkan saya ttg pembedahan batin ni agar tidak terpedaya dengan penipuan & kehilagan ribuan ringgit. Dan terima kasih kerana sudi kongsikan sekali v-deo pembedahan batin dibawah untuk rujukan saya.
Bila saya tgk v-deo ni... Serius ..saya sgt2 ngeri melihat proses pembedahan batin yang ditunjukkan dalam video ni..
Ok..kali ni saya nak share macam mana saya melalui pembedahan batin baru-baru ni. Memang jauh beza dengan cara pembedahan batin di dalam video ni. Takde menggunakan sebarang alat atau pon melakukan pembedahan real macam tu..melainkan menggunakan surah. Selain tu.. tempat saya terima rawatan ni tak menetapkan harga untuk jalani rawatan tu... Semuanya atas ikhlas dari hati..
Bersama saya yang menemani saya sepanjang proses tu ialah Fain, Mama & MIL.. Tempoh proses pembedahan tu dalam 10-15 minit jer. Dan sebelum proses pembedahan batin dijalankan, saya disuruh mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3 kali & selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali. Semasa proses dijalankan, saya hanya terbaring di katil (macam hospital jer)...dan tutup mata. Dan semasa proses pembedahan batin dijalankan, hanya dengan membaca surah al-quran. Sambil tangan org y merawat saya memegang di bahagian yang bermasalah. Saya difahamkan... setiap penyakit ada surahnya. (teringat racangan nasi lemak kopi o..dimana pusat perubatan darul syifa pon menggunakan surah untuk rawat pesakit) . Sepanjang proses tu... memang rasa seakan boleh rasa denyut2 laju mengalir di bahagian y disentuh,.. Ada rasa2 macam elektrik... saya x reti nak tafsir macamana.. Tapi ianya x menyakitkan...tapi .. ada rasa. Selepas selesai... sy perlu berehat selama 1 jam di katil yang disediakan selepas proses tu. Pada hari yang sama dengan saya ada 3 orang yang turut mejalani proses ni. Dan seorang tu ada ketumbuhan dalam otak,.. tapi dah ok dengan izin allah swt selepas beberapa kali mecuba kaedah altenatif ni.
Beberapa jam lepas proses ni..memang badan terasa letih macam betul2 lepas jalani pembedahan sebenar. Dan saya muntah banyak kali... beserta lendir-lendir & darah-darah beku lama. Rasanya darah beku kesan dari luka akibat tiub intubator. Setakat ni... ada sedikit perubahan +ve... Apa-apa pun, saya berdoa pada tuhan... hanya Dia yang menentukan segalanya. Jika ianya berkendak saya sembuh.. sembuhlah saya. Semuanya denga izin Allah.. Saya sebagai manusia, hanya mencuba n berusaha untuk mengubati diri.. Asalkan ianya x melanggar hukum syarak.
Setakat ini dulu perkongsian dari saya.. Insyallah..saya akan update dari masa ke semasa sebarang perubahan atau pun kesan selepas mencuba cara alternatif ni.. Buat masa ni, biarlah saya cuba dengan cara ni dulu, sebab saya dah agak fedup ke spital. Salah satu faktor... tubuh saya memang dah tak kebal nak terima treatment mahupun setakat injection.. Semua semua urat saya dah hancur... bahagian yang ada untuk ambik darah/masuk ubat/cucuk just bahagian leher & celah kankang.. Urat-urat bahagian tangan & kaki dah hacur. Huhu.. klo boleh ambik gambar, nak je tunjuk urat kat tangan ni.. Ntah apa2...tak nampak rupa dah...
UPDATE 2016
**Saya Mohon Maaf Pada Sesiapa Yang Bertanya Tempat Saya Berubat Ni...
Tempat Ini Sudah Tidak Beroperasi Kerana Pemiliknya Sendiri Mengalami Masalah kesihatan**