Jumaat, 17 Mac 2017

PRI Makrifat.

https://www.facebook.com/Perubatan-Muslim-Makrifat-Bedah-batin-686880324787556/?_rdr

Melalui facebook tertera nombor telefon .Kemudian saya pun telefon Tuan pemilik rawatan tersebut .Pada mulanya panggilan tidak diangkat dan kemudian beliau telefon balik saya menyatakan beliau tidak lagi membuat rawatan tersebut.Kata beliau dulu dia pernah buat bersama2 rakan beliau.Mereka merawat pelanggan yang terkena sihir dan buang saka.

Sekian maklumat yang saya terima setakat ini.

Info dan kemaskini terkini 17 march 2017.

Khamis, 16 Mac 2017

PRI An ansari rawatan barah

PENYAKIT BARAH (KANSER) : RAWATAN DOA DAN BAHAN
Assalamu’alaikum wwt
Penyakit barah atau kanser merupakan sejenis penyakit yang berbahaya. Terdapat pelbagai jenis barah seperti barah pangkal rahim, barah payu dara, barah otak, barah prostat dan sebagainya. Penyakit barah ini semakin ditakuti kerana jika dibiarkan atau tidak mendapatkan rawatan akan membawa maut.
Paparan pada kali ini akan membicarakan sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit barah. Bagi rawatan moden, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Bagi saya yang bukan bertaraf doktor, kaedah rawatan berteraskan doa dan bahan merupakan kaedah rawatan Islami yang perlu diketengahkan.
Ikuti seterusnya..
Pendahuluan
Barah atau dikenali juga dengan kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh
onkologi , doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan. Anda perlu faham bahawa kos untuk rawatan barah sangat mahal.
Tanda-tanda Awal Barah atau Kanser
1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
2. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10. Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah
1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana teh hijau mengandungi antioksidan. Cara ini boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana tomato penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana campuran ini mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan buah anggur merah kerana buah ini mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana boleh membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Ikhtiar Rawatan Berasaskan Doa dan Bahan Rawatan
Ikhtiar penyembuhan dalam rawatan terhadap penyakit barah atau kanser ialah menerusi kombinasi bacaan doa dan bahan rawatan terpilih. Cara ini telah saya pelajari semasa belajar di Darussyifa suatu ketika dahulu. Niat saya bukanlah untuk mengajar atau untuk menunjuk pandai tetapi adalah untuk membuka minda masyarakat akan seni pengubatan Islam yang semakin terpinggir.
Doa:
Surah Al-Fatihah ( lebih baik dibaca 1 kali senafas)
Surah Al-Ikhlas (dibaca 4 kali senafas)
Doa Pengecil Bengkak
Surah Al Qalam ayat 1-3 (lebih baik dibaca senafas)
Bahan Rawatan:
Air
Mangkuk putih yang tidak mempunyai sebarang corak dan tulisan.
Rumput sambau keseluruhannya, termasuk daun, batang dan akar yang telah dibersihkan daripada kotoran.
Kapur kulit kerang (kapur yang diperbuat daripada kulit kerang).
Kaedah Penyediaan Bahan dan Penggunaan Bahan:
1. Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan di atas kecuali mangkuk putih.
(Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di atas dibacakan )
2. Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Bancuhan air dan kapur hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau iaitu dengan tangan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur (seperti mengacau ca dengan berus cat).
4. Semasa mengacau kapur, bacalah doa seperti di atas.
5. Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit dengan menggunakan akar rumput sambau.
6. Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang.
Lakukan selama TIGA HARI dengan rumput sambau dan kapur yang sama. Selepas tiga hari,hendaklah dibancuh dengan bahan yang baru.
Peringatan Semasa Penyediaan Bahan:
Rumput sambau dan kapur kerang terlebih dahulu hendaklah didoakan.
Mangkuk yang digunakan ialah yang berwarna putih tanpa sebarang corak atau tulisan.
Rumput sambau yang diambil hendaklah beserta dengan akarnya, muda dan masih baik serta tiada tanda-tanda dipijak orang ataupun diragut binatang.
Kapur kulit kerang dibuat daripada kulit kerang yang telah dibakar dengan api yang kuat.
Perhatian:
Menurut pemerhatian dan rawatan yang dilakukan, ternyatan kebarangkalian pesakit barah dapat disembuhkan melalui kaedah ini, asalkan tempat barah tersebut tidak terkena besi. Maksudnya, pesakit barah belum lagi menjalani pembedahan. Seelok-eloknya, sebelum dibuat pembedahan, ikhtiarlah dahulu dengan rawatan doa dan bahan. InsyaAllah sembuh.
Andainya tidak sembuh juga, itu adalah diluar kemampuan perawat. Siapalah perawat untuk menyembuhkan penyakit barah atau kanser?
Kesimpulan
Cegahlah barah atau kanser sebelum parah. Jagalah pemakanan dan amalkan cara hidup sihat. Rawatan Islam diutamakan dan rawatan moden jangan ditinggalkan. Kesembuhan penyakit adalah dengan izin Allah.
S umber:
http://fuh.my/petua-mudah-mengelakkan-penyakit-barah/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Barah
http://zainizainal.blogspot.com/2010/04/ikhtiar-rawatan-jenis-penyakit-barah.html
Buku:
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Rawatan
Penyakit Jasmani (1), Darussyifa’, 2011

PRI Pakteh diSik kedah

Baru Tahu Ada Kaedah "Bedah Batin" Di Sik, Kedah?
Menurut tinjauan Kedahnews.com, Pak Teh Jan sudah lama terkenal di Kedah dengan kemahiran perubatan tradisionalnya di sini sehingga menggamit ramai pesakit dari dalam dan luar negara datang berubat dengannya.
Namun bagi sesetengah pihak, mungkin ini pertama kali mereka tahu tentang wujudnya kaedah "bedah batin" untuk mengubati pesakit.
Sebetulnya kaedah ini sudah viral kira-kira 3-4 tahun sebelum ini.
Bomoh ‘bedah batin’ atau ghaib sebenarnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di sesetengah tempat tetapi pada hari ini, pengamal perubatan tradisional yang pandai mengubat guna kaedah ini semakin jarang didengar.
Cuma berbekalkan ranting dan sirih ‘pembedahan’ dilakukan dan apa yang paling menakjubkan, doktor istimewa dikenali sebagai Pak Teh ini melakukannya dalam masa singkat.
Secara lahiriah tak nampak apa yang dilakukan Pak Teh melainkan pesakit mengeliat kesakitan ketika bahagian sakit ‘ditoreh’ tapi terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak bahawa pengubatan sedang dijalankannya.
Tidak mengapa kalau ada yang kurang percaya namun apa yang pasti, ramai pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat Pak Teh setiap hari.
Daripada rakaman di bawah, dapat dilihat ada yang datang bawa tongkat tapi lepas berubat dah lupa tongkat masa nak balik.. ada tu pulak siap dipesan Pak Teh supaya segera dilumur air pinang sebab bahagian dada tengah ‘berdarah’ sampai habis lencun bajunya.
Untuk faham apa yang kami maksudkan, sila tonton video di bawah..
Sebagai iklan ‘khidmat masyarakat’ dari kami, sesiapa yang berminat nak berikhtiar dengan Pak Teh bolehlah datang ke Kg Tala yang terletak di Jeneri, Sik, Kedah.
Apa pun bagi umat Islam, kita mesti ingat dan faham bahawa sekiranya penyakit sembuh selepas berubat dengan apa cara sekalipun, rawatan hanyalah penyebab sedangkan yang menyembuhkan penyakit itu adalah ALLAH SWT. -Kedahnews.com

Bedah batin di HB Melaka.

Berubat di Hospital Batin, Melaka
Salam,
Malam kelmarin seorang sahabat baik di HQ Mara menelefon PHD untuk sharing tentang seorang ustaz yg semakin popular di Melaka. Jadi, PHD pun buat homework tentang beliau. Ini hasilnya..
Sumber : http://mrsmmersing.blogspot.com/2011/11/pembedahan-batin-1-berubat-di-hospital.html

Tujuan entry ini, bukan untuk menyuruh kawan2 percaya. Terpulang pada individu untuk menilai. Pernah berhadapan dengan situasi, di mana family atau saudara mara kawan2 sendiri, sakit teruk, dan telah berulang alik ke hospital, tapi tidak juga kurang sakitnya, dan mereka akan cuba ikhtiarkan berubat secara tradisional? Ya, semalam aku menemankan saudara pergi berubat di Melaka. Pembedahan secara batin, menarik kan bila dengar? Actually, aku pun tak tahu nak explain camne. Kawan2 boleh tengok sendiri macam mana ustaz itu ubat orang. Cuma, terangkan pada Ustaz sakit nya, dan ustaz akan teruskan rawatan. Ianya umpama satu pembedahan. Pesakit sendiri yang akan merasakannya. Cuma, tiadalah jarum2 tajam yang ngeri dan bius yang memengsankan pesakit. Dan pesakit akan tidur selama lebih kurang 35 minit selepas pembedahan selesai.
Sebenarnya, pusat rawatan ni menggunakan blok asrama lama anak2 yatim. Asrama baru yang lebih cantik telah dibina oleh Ustaz Rahim ni hasil pendapatan yang diterima beliau semasa mengubat orang. Actually, sebahagian pendapatan Ustaz khas diperuntukkan untuk anak2 yatim tersebut. Tiada bayaran tetap dikenakan untuk para pesakit. Terpulang kepada individu, kerana ia umpama sedekah untuk anak2 yatim itu.
Ahli keluarga pesakit ini siap bawa X-ray dari hospital untuk rujukan Ustaz. Aku lihat, kakak itu teruk sakitnya. Jadi, keutamaan diberi kepada pesakit2 yang sudah uzur (warga emas yang berkerusi roda) dan bayi2 kecil. Mereka diberikan rawatan dahulu.
Jadi, sesiapa yang ingin berubat membawa insan2 tersayang, silalah ke alamat di bawah. Kalau sesat, silalah tidak malu untuk berhenti bertanyakan jalan pada orang2 Melaka yang ramah. :
Pusat Rawatan Alternatif,
Madrasah Anak-Anak Yatim,
Darul Aitam, Kampung Bukit Pegoh,
Telok Mas, 75460 Melaka.
Ustaz Rahim : 016-6451080
Masa rawatan : Isnin - Rabu : 2 petang - 11.30 malam
Sabtu - Ahad : 12 tghari - 11.30 malam
Khamis dan Jumaat : Cuti
dan satu tempat lagi tertulis di kad ini :
Blok 205, Kedai No. 1, Flat Sentul Utama,
Jalan Dato' Senu 26, Sentul, Kuala Lumpur.
En. Idrus : 017-2864461
Pn. Pah : 017-2766248
Masa rawatan : Khamis : 2ptg- 8 malam
Jumaat : 10 pagi - 8 malam
Minggu ke 2 & 4 sahaja
Rawatan Jarak Jauh juga boleh dilakukan jika pesakit tidak dapat datang kepusat rawatan ini.Pesakit hanya perlu telepon kami dan berikan nama penuh dan hendak lah baring dirumah selama 40 minit tidak boleh bergerak .Cara bayaran bagi pesakit yang melakukan rawatan jarak jauh adalah seikhlas anda.Boleh dimasukkan keakaun Bank
Isteri En,Rohaimi Bin Yon/Puan Hindon Jamri
nama akaun bank:Maybank
no akaun bank :154129007234
Rawatan yang pusat kami lakukan seperti masalah dalaman seperti:
sakit jantung,paru-paru,buah pinggang,asma,kanser dan berbagai-bagai lagi.Pusat rawatan kami berkonsepkan Hospital tapi apa yang kami lakukan tidak dapat dilihat dengan mata kasar semua nya secara Ghaib dan tidak penggunakan jin atau pendamping semua perubatan kami hanya memohon pada yang satu iaitu Allah semuanya atas Izinnya. Kita manusia hanya perlu berusaha dan tawakal yang lain kita serahkan kepada Allah.
Tapi diingatkan, orang yang datang berubat sangattla ramai. Kereta berderet2. Kaum Cina dan India pun ada. List yang mendaftar sangat panjang. Kalian perlu bersabar menunggu turn. Contohnya, aku bertolak dari rumah selepas Subuh, dan sampai di Melaka area pukul 9. Dapat turn pukul 11 pagi. Tapi sebab orang ramai, dan orang yang datang macam2 penyakitnya, especially yang emergency case, turn saudara aku jadi pukul 4 petang. Sekian terima kasih. Hihi. Rasa mahu bergolek2 kat situ. Lama tunggu. Hehe. Jadi, silalah datang seawal mungkin ok!Dapatkan giliran seawal mungkin. Dan sila telefon untuk bertanya dahulu.
Dari feedback orang ramai yang pergi berubat, ramai yang sudah sembuh. Pelbagai macam penyakit. Kanser, buatan orang, Contohnya, seorang kawan mama yang menghadapi kanser payudara, dan anaknya tidak dapat menyusu badan. Sekarang, bayi itu sudah boleh menyusu secara normal. Alhamdulillah.
Dan ada juga pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat zuriat. Mereka cuba ikhtiarkan di sini. Tetapi, syaratnya, kedua2 suami isteri mesti hadir. Dengarnya, si isteri pregnant selepas itu. Alhamdulillah.
Ada juga pesakit yang datang akibat diganggu makhluk2 halus. Ini pun boleh diikhtiarkan di sini. Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah feedback dari orang yang berjaya selepas rawatan. Sila jangan mempercayainya 100%. Pergilah cuba dan tengok sendiri hasilnya.  Niat aku hanya ingin menolong insan2 yang sakit. Tak salah untuk kita ikhtiarkan? T etapi kita semua perlu yakin, dengan kuasa dan izin Allah sahaja semua penyakit akan disembuhkan. Begitulah kata Ustaz. Selamat berubat. Semoga entry ini menolong ramai orang untuk sembuh. Aminnn;)
Nota:
Ini kira testimoni dari cousin aku.
Aku sebenarnya baru pulang beraya dari rumah cousin aku di Puncak Alam. Lama tak jumpa sebab cousin aku ni setahun lebih ada di Chile kerana kerja dan ketika gempabumi di negara Chile baru-baru ini, dia pun kena...nasib baik selamat..sembang punya sembang, dia tanya pernah dengar 'Hospital Ghaib' di Melaka? Aku kata..tak pernah pulak..then dia pun cerita...dia pergi berjumpa dengan ustaz seperti dalam artikel diatas kerana tulang belakang dia sakit.
Jadi selepas memberi penerangan perihal penyakit kepada ustaz, cousin aku kata..dia diminta baring diatas katil ...dan operasi membuang tulang belakang dan menggantikan tulang baru di lakukan. Jika dilihat, ianya tiada apa2 pun di tangan ustaz tersebut tapi gaya tangannya seperti memegang sesuatu. Membedah bahagian belakang, memotong tulang, dan menukar tulang baru. Tulang belakang cousin aku tu dipotong sekerat dalam 5 inci dari bawah dan ditukar dengan tulang baru..semuanya dengan ghaib. Selepas itu, tuiada rasa sakit di tulang belakang.
Tapi cousin aku tu cakap, dia tanya ustaz itu, kenapa dia tak nampak apa-apa peralatan pembedahan pun dalam bilek ini. Ustaz itu cakap ini dunia ghaib. Ustaz imemberitahu peralatan perubatan yang digunakan adalah seperti yang kita lihat didalam bilek pembedahan..tp ianya amat canggih, dan harganya amat mahal jika didunia nyata, kata ustaz tersebut apabila cousin aku tanya.
Cousin aku tu juga ada mempunyai penyakit kencing manis. Percaya ke tidak jika aku cakap ustaz tersebut telah menukar pankreas cousin aku dan setelah selesai, beberapa minggu kemudian, dia pergi buat pemeriksaan di klinik dan doktor pun hairan kencing manis dia pun dah hilang tp dia tak bgtahu doktor bagaimana boleh hilang.
Semuanya kuasa Allah s.w.t dan tak semua pesakit yang berubat disana akan sihat. Bergantung kepada kesesuaian diri masing-masing. Tiada bayaran tertentu dikenakan dan pesakit cuma perlu bersedekah sebanyak mana yg mampu dan cuma membayar air RM3 sebotol yang telah di jampi oleh ustaz.

Pusat Rawatan Syahadah.

TEHNIK BEDAH BATIN ATAU OPERATION BATIN
Dalam status sebelum nie..
Aku tulis TEKNIK MEMECAHKAN DIRI..
Atau MEMECAHKAN ROH
Begitu bnyk spekulasi dan pendapat...
Ade yg tak tau, saje jew mcm tau...
Bahkan yg add frend..sampai 50 lebih..
Dlm status sebelumnya lgi...
Aku cerita Pasal hadis, neraka wiil
yg add frend hanye 1 tau 3 jew...
knp boleh terjadi mcm nie...
Atau aku ade tersalah post...yeeeee
Ah...
Ah...
Ah...
Sadar atau tidak...
banyk yg cari kehebatan dlam beramal
Cakapnya saja cari ridho, cari iklas
Tpi semu munafik...lebih cari kehebatan
Dari pada yg cari tuhan....
Tpi tenang yew...
segala niat boleh brubah kan...???
Tinggal ade yg ingatkan atau tak...
Semu terpulang pade hatinya..
Hati yang mau diingatkan...itu...???
Saudara ...
Saudaraku...
Jangan tersalah anggab...yew...
Sebetulnye Kalau kite mendekatkan diri dgn tuhan..
memasuki dlm diri sendiri..mencari yg sempurna ( ROH )
yang datangnya dari ya maha sempurna..
maka kite pasti akan menjumpai..
Segala benih mutiara permata..intan dan berlian ...
yg disorokan..itulah bekal / ilmu bgi melindungi yg..
sempurna itu ( ROH )...agar tidak terjajah...
oleh musuhnya..yaitu jin setan dan iblis..
Seperti halnya tehnik BEDAH BATIN nie...
Sebetulnye pemecahan sahaja
Dari tehnik PEMECAHAN ROH / DIRI
Ada dua keadaan bedah batin nie..
Tinggal siape yg buat...
SI HITAM atau SI PUTIH
jika orang memiliki jin atau kadam...
orang itu ponm boleh buat bedah batin
Mengikut caranya...cara belajarnya..
tetapi kesembuhan...tetab ade yg sembuh..
Adew jugak yang tak...karne kemampuan terhad...
Apa bila roh yang buat...
Dia akan buat same..tetapi mengunakan,
maleikat, dan segala sifat asmaul husna...
karna didalam sifat itu..segalanya lengkap...
Keberhasilan dri tehnik nie...
tergantung pade kerusakan organ...
Atau penyakitnya itu..
tetapi yg susahnya adalah...
Jika ada jin setan atau iblis ,..
sudah menduduki organ..
maka bedah batin tak boleh dilakukan...
sebelum dihilangkan mahluk tersebut...
kemungkinan teknik betah batin...
Dgn menggunakan rohani...
akan lebih besar..keberhasilanya..
atau kesan dia...
Karna menggunakan tenaga tuhan..
Tetapi tidak semu penyakit boleh..
disembuhkan , karna ade qodo dan qodar...
atau ketentuan hidup...dari yg maha pengatur
semu ikut hati pesakit tersebut...
karna punca awal penyakit...
itulah hatinya sendiri..
jadi....
Usahakan datang kepada perawat...
Dgn hati bersih...dan niat murni...
jangan datang seolah olah perawat mcm tuhan pulak...
perawat sama saja...
Hanya dibagi kelebihan sedikit dari anda...
ya allah...
jauhkanlah aq dri penyakit hati..
yg membolehkan lupa kepadamu
amin ya robbal alamin..
MASTER AJIE
0192873134
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

Belajar ilmu bedah batin

Kuasa Minda Dan Pembedahan Batin.

Sewaktu saya masih kecil dahulu sering kali saya terdengar tentang kemampuan seseorang
melakukan hal-hal yang luar biasa termasuklah pembedahan batin atau pembedahan psikik. Semakin saya cuba menggali dan mengkaji tentang kemampuan psikik ini semakin banyak rahsia-rahsianya saya perolehi. Dengan infomasi ini saya mencari dan mendatangi seseorang yang dipercayai mempunyai kemampuan seperti ini .
Kebetulan tidak jauh dari rumah saya di sebuah kampung yang di kenali sebagai kampung cabang tiga kuala terengganu ada seorang yang bernama Pak Awi. Beliau mempunyai kemampuan pembedahan batin ini. Versi ilmu pembedahan batin beliau lebih mirip dengan ilmu debus. Ilmu debus lebih mirip dengan ilmu pertunjukan dan kebatinan masyarakat Banten
Indonesia. Terutama sekitar Rangkas Bitung dan pergunungan kaum Baduy.
Versi yang lain saya temui dalam sebuah aliran kebatinan di Cekampek, Sukabumi dan di daerah Kerawang Indonesia. Di Syah Alam dan di sebuah pusat rawatan di Ibu Negara juga menggunakan asas keilmuan kebatinan ini . Berbeza dengan keilmuan dari Melaka menghandalkan kekuatan Visualisasi untuk melakukan pembedahan batin ini. Kesimpulanya Ilmu pembedahan kebatinan ini ada. Cuma versi yang berbeza, ada yang menggunakan Visual ada yang menggunakan bantuan makhluk ghaib untuk menciptakan “rekayasa kejadian” seolah olah berlakunya pembedahan batin ini. ( Saya akan jelaskan dalam penulisan akan datang )
Pada penulisan saya kali ini saya ingin menjelaskan bagai mana pembedahan batin ini di lakukan dalam kacamata minda bawah sedar.
Pembedahan batin yang akan di kupas pada hari ini adalah sebuah keilmuan yang di gali dari potensi diri anda sendiri. Sewaktu saya belajar silat sedikit masa lalu. Kami sering terkena tikaman dan luka sewaktu berlatih. Pada satu ketika seorang rakan perguruan terkena golok di bahagian perut ususnya terburai. Dengan selambanya guru saya menutupi luka dan memasukan kembali usus yang terburai. Dari apa yang saya pelajari dari guru tersebut maka saya memahami bagaimana fenomena ini dapat di lakukan dalam 2 sudut pandang. Pertama dalam kaca mata kebatinan yang kedua dalam kacamata Kekuatan Minda bawah sedar. Dalam sudut pandang kebatinan akan saya tulis dalam ruangan keilmuan kebatinan ( tunggu artikal seterusnya.
Pembedahan batin dapat di lakukan dengan berbagai cara: Cara pertama dengan menggunakan ayat Al Quran dan doa ( Jibril mebedah Rasul ).Cara Kedua menggunakan keilmuan Debus Banten, ilmu pancasona dan hijib Akbar. Cara ketiga menggunakan kuasa minda bawah sedar.
Cara penggunaan minda bawah sedar:
1.Pesakit di beri saranan untuk masuk kedalam relaksasi. Dengan cara memegang 2 point ( di Ajar dalam Aura Therapy ) Pada bahagian tertentu untuk memotong komunikasi antara otak dan tubuh manusia. Cara ini memberi kesan untuk menghilangkan rasa takut, menimbulkan keyakinan diri dan menghilangkan kesakitan. Pada tahap ini perawat akan bermain dengan imajinasi pesakit untuk untuk menciptakan suasana tenang pada pesakit.
2.Sentuh 3 point Alpha yang ada pada bahagian tubuh, untuk ancho tahap kesedaranpesakit. Sentuhan pada poin ini menghalang dari pesakit kembali kepada pemikiran beta, yang dapat menghantar pesakit kedalam keadaan normal kembali. Point ini merupakan kunci kejayaan sepanjang pembedahan batin ini kita lakukan.
3.Stril pisau bedah Tanda tempat yg hendak di bedah dengan marker pen.
4.Pembedahan di lakukan dengan cara menikam dan di tetas bahagian yg sakit. Paling penting pembedahan harus di lakukan dengan cara mengikut arah saraf. Jangan memotong bersilang atau berlawanan dengan arah saraf. Urat sekecil apa seboleh bolehnya jangan sampai terputus.
Ketumbuhan yang telah dikeluarkan harus di kuburkan
Kursus Aura Bidadari & Kaji Potensi Dalam Bissnes
akan di adakan
Lokasi :JOHOR ( Kota Tinggi )
Pada: 27.06 2009 ( Sabtu )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 150.00
sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Kursus AURA THERAPY
akan di adakan
Lokasi : KUALA LUMPUR
(alamat kursus dan peta)
Pada: 28.06 2009 ( Ahad )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 475.00
sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Bagi Anda Ingin Membawa Program Kami ketempat Anda. Kami sangat mengalu alukanya Sila berhubung dengan Event Organizer Pusat Menjaro 016 2965644 & 012 9642466

Wikipedia tentang barah

Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut!!!!

Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia . Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi .
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh
onkologi , doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan , kemoterapi dan/atau
rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun . Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran , yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.
Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Tanda dan simptom (kesan)
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor ), pendarahan
hemorrhage , sakit dan/atau ulser . Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning .
'Simptom metastasis (merebak) : nod lymph ,
batuk dan hemoptysis , hepatomegali ( hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik: penurunan berat badan ,
anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan ( peluh malam), anemia dan
phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
Pencegahan dan pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen (
carcinogens ) seperti cahaya matahari , ketuat kelamin ( genital warts ) .
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri (
testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan
antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ) .
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak ( stool guaiac testing ) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.
Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.
Biopsi
Barah disyaki berpunca dari beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan perlu disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cebisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia , dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian
immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.
Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang-kala ini boleh dilakukan melalui tatacara ("prosedur") biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah telah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.
Jenis biopsi bergantung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperti kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius
anesthesia dan memerlukan pembedahan .
Saringan
Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diognasa.
Saringan barah boleh memberikan diognasa awal. Diognasa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan paya dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumur lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita perengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui
ujian darah okkult najis dan kolonoskopi , yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kemaian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan
ujian lumuran Pap) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim . Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital ( digital rectal exam ) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).
Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ia tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ia tidak jelas samaada kebaikan p], ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi.
Prosedur lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat ) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan( [incontinence ) (kencing tidak puas) dan lemah tenaga batin (erectile dysfunction ) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).
Samajuga, untuk barah payu daya , terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal.
Barah pangkal rahim melalui ujian lumuran Pap mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedur dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah.
Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.
Jenis barah
Sel barah dalam tumur merupakan descendant sel tunggal, walaupun selepas ia (metastasis ). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel.
Bentuk barah
Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.
Sel termasuk:
adenoma
karsinoma ( carcinoma ) dari sel epitelium (
epithelial cell )
sel karsinoma skuama ( squamous cell carcinoma )
Penyakit Leukemia
Limfoma
Melanoma
Sarcoma dari tisu penyambung ( connective tissue ), tulang atau otot
Teratoma
Barah utama, menurut lokasi di tubuh:
Bladder carcinoma
Darah dan sum-sum tulang ) Hematological malignancies
Penyakit Leukemia
Penyakit Limfoma
Penyakit Hodgkin
Limfoma bukan Hodgkin
Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Penyakit tumor otak
Penyakit barah payu dara
Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
Penyakit barah esophageal
Penyakit barah endometrial (uterus)
Hepatocellular carcinoma (hati)
Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
Penyakit barah laryngeal
Penyakit barah paru-paru
Mesothelioma
Penyakit barah mulut
Osteosarkoma (tulang)
Penyakit barah ovari
Penyakit barah pancreatik
Penyakit barah prostat
Renal cell carcinoma (buah pinggang - ginjal)
Rhabdomyosarcoma (otot)
Penyakit barah kulit , termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
Penyakit barah perut
Penyakit barah testikular
Penyakit barah thyroid
Rawatan
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan (
chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.
Pembedahan
Kemoterapi
Metabolik Terapi (Vitamin B17)
Terapi radiasi
Immunoterapi
Terapi cytoluminescent (CLT)
Rawatan ujian barah
Barah utama, menurut tempat di tubuh:
Ketumbuhan pundi kencing
Darah dan sum-sum tulang ) Hematological malignancies
Leukemia
Lymphoma
Penyakit Hodgkin
Lymphoma bukan Hodgkin
Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Tumor otak
Barah payu dara
Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
Barah esophageal
Barah endometrial (uterus)
Hepatocellular carcinoma (hati)
Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
Barah laryngeal
Barah paru-paru
Mesothelioma
Barah mulut
Osteosarcoma (tulang)
Barah ovari
Barah pancreatik
Barah prostate
Renal cell carcinoma (ginjal)
Rhabdomyosarcoma (otot)
Barah kulit , termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
Barah perut
Barah testikular
Barah thyroid
Rawatan
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan (
chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.
Pembedahan
Chemotherapy
Terapi radiasi
Immunoterapi
Terapi cytoluminescent (CLT)
Rawatan ujian barah
Pada masa kini, cadangan rawatan bergantung menurut pola. Pola ini diguna-pakai hasil dari persidangan dua tahun sekali di St. Gallen, Switzerland yang membincangkan keputusan sebenar hasil kajian pelbagai pusat seluruh dunia. Bergantung kepada kriteria klinikal (usia, jenis barah, saiz, metastasis) pesakit dibahagikan kepada kes pesakit berisiko tinggi dan pesakit berisiko rendah yang menjalani rawatan yang berlainan. Senarai berikut merupukan himpunan kesemua kemungkinan:
1. Selepas terapi mengekalkan payu dara (lumpectomi, quadrant-resection), risiko ulangan tempatan tinggi ( high local recurrence risk ) (~40%) dikurangkan melalui radiasi radiasi kepada payu dara
2. Jika nod limpa positif, risiko kematian tinggi (30-80%) dikurangkan melalui rawatan systemik (samaada anti-hormon atau kemoterapi).
3. bagi pesakit muda, rawatan systemik paling berguna adalah kemoterapi (biasanya regimen seperti terapi CMF , FAC, kemoterapi AC dan/atau taxol ) dan sekarang regim TAC (Taxotere, Adriamycin, Cytoxan) yang diluluskan FDA atau FEC untuk 3 kitaran diikuti Taxotere untuk 3 kitaran.
4. bagi pesatik berusia, terapi sistemik yang paling berguna adalah terapi anti hormon ( tamoxifen , seumpama ( analogues ) GnRH)
5. kemoterapi mempunyai kesan sampingan yang meningkat bagi pesakit berusia melebihi 65
6. bagi pesakit dengan ketumbuhan negetif penerima estrogen (estrogen receptor negative tumours ), terapi sistemik berguna adalah kimoterapi.
7. bagi pesakit dengan ketumbuhan positif penerima estrogen (estrogen receptor positive tumours ), terapi sistemik berguna adalah terapi hormon.
Bagi sesetengah tumor awal,rawatan sistemik tidak dicadangkan sekiranya ketumbuhan adalah negetif penerima hormon. Terapi radiasi dicadangkan bagi semua pesakit yang mempunyai lumpektomi, bagaimanapun rawatan radiasi selepas mastektomi hanya dicadangkan sekiranya empat atau lebih nod limfa (lymph nodes ) terbabit jangkitan barah. Rawatan radiasi tidak dicadangkan bagi pesakit peringkat akhir (taham penyakit IV) kecuali bagi simptom ( palliation ) seperti sakit tulang.
Kesan emosi diognasa, simptom, rawatan, dan isu berkait boleh menjadi amat mendalam. Kebanyakan hospital mempunyai kaitan dengan
kumpulan sokongan barah yang mampu membantu pesakit menghadapi dengan kebanyakan issue yang mungkin timbul dalam persekitaran saling membantu dengan mereka yang pernah melalui pengalaman yang serupa.ngalami The emotional impact of cancer diagnosis, symtoms, treatment, and related issues can be severe. Most larger hospitals are associated with cancer support groups which can help patients cope with the many issues that come up in a supportive environment with other people with experience with similar issues.
Kumpulan sokongan barah di talian juga memberi kebaikan bagi pesakit barah, terutama dalam mengendalikan masaalah ketidak pastian dan imej badan yang biasa pada rawatan barah.
Biologi tentang tumur malignant
Karsinogen
Karsinogen ( Carcinogenesis ) (harafiannya: pencipta barah) adalah proses mengucar-kacir kadar pembelahan sel ( cell division ) .
Barah adalah penyakit gen. Biasanya beberapa mutasi diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Proses yang terbabit termasuk kedua-dua onkogene ( oncogene ) dan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ) . Onkogene menggalakkan barah apabila "terpasang" oleh mutasi, sedangkan gen pembantut tumur (
tumor suppressor gene ) menghalang barah kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Translokasi khromosomal , seperti chromosome Philadelphia , adalah mutasi khas dan mungkin melibatkan gen onkogenes atau pembantut tumor.
Mutasi boleh disebabkan oleh pelbagai punca:
menghisap tembakau
radiasi, termasuk radiasi lembayung biru (
ultraviolet radiation ) daripada matahari
bahan kimia yang dikenali sebagai
karsinogen
Jangkitan virus atau bakteria, seperti virus
Human papillomavirus dalam barah pangkal rahim dan bakteria Helicobacter pylori
Kerosakan DNA oleh radikal bebas ( free radical )
kecenderungan diwarisi ( inherited predisposition ), seperti gen BRCA1 pada barah buah dada
keradangan kronik ( chronic inflammation ) dari sebarang punca
Virus memainkan peranan sekitar 15% bagi kesemua barah. Virus tumor biasanya membawa sebahagian onkogene atau gen nyahaktif pembantut tumor suppressor dalam
genome mereka.
Ia mustahil untuk mengesan sebab sebenar awal kebanyakan barah. Bagaimanapun, dengan biologi molekular , ia boleh mencirikan mutasi dalam tumur, dan untuk tahap tertentu menjangkakan tindakannya. Sebagai contoh, anggaran separuh daripada tumor adalah kekurangan gen pembantut tumor p53 , juga dikenali sebagai "penjaga genome". Mutasi ini dikaitkan dengan poor prognosis , kerana sel tumur tersebut since those tumor cells are less likely to go into apoptosis (programmed cell death) when damaged by therapy. Terdapat mutasi lain yang menjadikan tumor lebih merbahaya ( malignant ). Mutasi telomerase membolehkan sel tumor membahagi tanpa had. Mutasi lain membolehkan tumor menumbuhkan salur darah baru untuk membekalkannya, atau menanggalkannya dari tisu sekeliling, merebak kebahagian lain badan..
Sel tumur malignant, seperti karsinoma ,
sarcoma , lymphoma atau leukemia , mempunyai ciri-ciri unik:
mengelakkan apoptosis
potensi tumbuh tanpa had(immortalitization)
faktor pertumbuhan berdikari
tidak sensitif kepada faktor anti pertumbuhan
kadar pembahagian sel meningkat
menukar keupayaan perbezaan sellular
tiada keupayaan untuk pembantut sentuhan
keupayaan menceroboh tisu biologi jiran.
keupayaan membina metastasis pada tapak jauh
keupayaan menggalakkan pertumbuhan darah baru (angiogenesis )
Sel yang bertukar menjadi sel barah biasanya tidak mendapat ciri-ciri berikut serentak, tetapi sel keturunan pilihan semulajadi membinanya. Proses ini dikenali sebagai evolusi sellular . A first step in the development of a tumor cell is usually a small change in the DNA, often a
point mutation , which leads, among other things, to a genetic instability of the cell. The instability increases to a point where the cell loses whole chromosomes , or has double ones. Also, the DNA methylation pattern of the cell changes, activating and deactivating genes more or less at random. Sel yang membahagi pada kadar tinggi, seperti sel saraf tunjang ( stem cell ) , menunjukkan risiko lebih tinggi untuk bertukar menjadi sel barah berbanding yang kurang membahagi, sebagai contoh
neuron . Jika sel tumur awal (atau kumpulan sel tumur) tidak dibuang oleh sistem imune, ia boleh menjadi sel barah.
Dalan sistem model sellular , sel terdedah kepada pengaruh karsinogenik (kimia, radiasi). dalam sistem ini, tanda awal sel berubah menjadi sel tumur adalah :
1. Tidak mati. Jumlah pembahagian sel normal pada mamalia adalah 50-60 (cell senescence ), kemudian ia berhenti berpecah. Sel tumur kekal membahagi.
2. Perubahan morphologi.
3. Pembentukan kelompok sellular ( foci ).
4. Kehilangan pembantut sentuhan ( contact inhibition .# Faktor pertumbuhan yang sedikit atau tidak diperlukan Low or no need for
growth factor .
Item 2-4 (di atas) kadang-kala boleh dijejak kepada mutasi dalam gen yang mengakibatkan ganguan pada sel adhesion . Sesetengah sel ' adhesion ) proteins adalah gen pembantut tumor ( suppressor gene ).
Metastasis
Barah mampu merebak keseluruh tubuh samaada melalui pencerobohan tempatan atau
metastasis jarak jauh. Penjajahan adalah melalui pemindahan langsung dan pembolosan oleh sel barah kedalam tisu bersebelahan. Metastasis adalah proses sel barah menembusi sistem lymph dan saluran darah, beredar melalui saluran darah, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh. Barah adalah paling merbahaya apabila ia metastasizes . Apabila tisu maligant ( malignant ) dibuang melalui pembedahan, sesetengah nod lymph turut dibuang dan dibelah siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai berapa banyak dan jauh barah telah merebak.
Badan penyumbang dan agensi penyelidikan barah
Berikut merupakan beberapa institusi yang diketahui memberikan sumbangan terhadap
kajian barah :
American Cancer Society
BC Cancer Agency
Cancer Research UK
Canadian Cancer Society
International Agency for Research on Cancer
National Cancer Institute (US)
Yorkshire Cancer Research
Pautan luar
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
Barah dalam bahasa Melayu.
Cancer News from Genome News Network (GNN)
National Cancer Institute
Cancer from the Open Directory Project
Cancer Medicine , online textbook.
Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 3.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
Privasi • Atas meja