Khamis, 16 Mac 2017

Testimoni bedah batin

SELAMAT DATANG KELAMAN WEB PERUBATAN ISLAM

UNTUK KETERANGAN LANJUT :
RAWATAN UNTUK SEMUA BANGSA, DAN UGAMA:
SYARAT RAWATAN:
SETIAP PESAKIT MESTI DITEMANI AHLI KELUARGA.
BAYARAN DIKENAKAN; BERPATUTAN.
RAWATAN UNTUK LELAKI:
URUTAN URAT SARAF ( SELURUH BADAN ), PEMULIHAN TENAGA BATIN, PEMULIHAN DADAH, URUTAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, DAN BUAH PINGGANG, MANDI WAP BERAROMATERAPI, PEMBEDAHAN BATIN, PELARIS PERNIAGAAN, TERKENA HIKMAT ORANG, TERASUK SYAITAN, LUMPUH, RAWATAN MATI PUCUK, RESDUNG, BUASIR, ULSER, PAGAR RUMAH , PELARIS DIRI , BARAH OTAK,KELABU MATA, PEKAK , TERKENA RACUN, SANTAU, PENYAKIT KULIT .
PELBAGAI RAWATAN DISEDIAKAN
DIRAWAT OLEH :
USTAZ { TABIB ISLAM ] HJ. FADZLY AMEER
NO. H/P: 012-4972877
TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA:
HANYA ALLAH DAPAT MENYEMBUHKANNYA
RAWATAN UNTUK WANITA:
URUTAN URAT SARAF, URUTAN SELEPAS BERSALIN ( BERTUNGKU, MANDI WAP), MEMBETULKAN PERANAKAN
MENCEGAH KEHAMILAN, BARAH PAYUDARA, BARAH RAHIM, MENGINGINKAN ZURIAT,URUTAN AWET MUDA, MANDI WAP BERAROMATERAPI
Dirawat Oleh: Puan Hazizun Said (Untuk Wanita)
Sila Hubungi: 016 - 4503296
TESTIMONI
PUSAT RAWATAN AL MUSTAQIM
Saya NorAishah Bt Md Saad Dari Selama Perak rasa amat tertekan kerna penyakit Yang di hadapi oleh anak perempuan saya Nursahara berumur 8 Bulan. Anak saya disahkan mengidap penyakit Lukimia yang mana boleh mengakibatan mata nya buta dan lemah urat saraf. Puas sudah saya berubat ulang alik ke hospital kerajaan..malang nya tiada perubahan malah mata nya semakin bengkak.dan tak dapat tidur malam.Alhamdulilah saya di beri pertunjuk Allah datang ke Pusat Rawatan Al Mustaqim mendapat rawatan…Satelah di rawat Oleh Ustaz (Tabib Islam) Hj Fadzly Ameer. Mata nya beransur pulih dan dapat tidur dengan lenyak, Tekanan Darah nya menurun Ke Tahap Normal.. Alhamdulilah. Nor Aishah…Selama, Perak . Kepada keluarga yang anak mereka mengidap penyakit kronik,,,,,,saya berharap datang segera Pusat Rawatan Al Mustaqim, Lunas, Kulim, Kedah. , untok mendapat rawatan segera Dari Ustaz Hj Fadzly
Ameer (Tabib Islam)......Insyaallah Jika Diizinkan Allah.
Noraishah bt Mat Saad, Selama, Perak.
Penyakit: LEUKIMIA.
*********************************************************************************************************************
Saya Puan Mashitah bt Alias dari Batu Pahat Johor ibu kepada Puteri Maya yang telah dihidapi penyakit sawan tarik ketika berusia 4 bulan. Saya terpaksa bermalam di hospital selama 12 hari kerana menjaga anak saya. Setelah keluar daripada hospital masih tiada perubahan walaupun telah dijalankan berbagai ujian terhadap Puteri Maya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa anak saya untuk dirawat di pusat rawatan ini di Lunas, Kulim Kedah. Alhamdulillah akhirnya anak saya telah sihat dan kembali normal seperti kanak-kanak biasa. Kepada yang bermasaalah tentang anak2...sila mendapat rawatan segera di Pusat ini sebelum terlewat...........Insyaallah Bayaran adalah amat berpatutan .
Puan Mashitah,( JURUTERA ) Batu Pahat, Johor.
Penyakit : SAWAN TARIK.
*******************************************************************************************************************
Saya Doktor Hashimah Dari Hospital Kerajaan Di Kedah Amat bersyukur kerana Ayah saya mengidap bisa dalam badan dan lemah seluruh anggota beberapa lama.. hingga tidak boleh makan dan minum beberapa bulan..puas sudah saya berusaha merawatnya bersama Doktor Pakar Lain.. namun tiada perubahan malah semakin tenat...Alhamdulilah setelah mendapatkan rawatan di Pusat ini sekali sahaja, beliau sembuh seperti sediakala dan dapat menunaikan solat dengan senang serta telah dapat pergi menunaikan umrah di Tanah Suci dan ramai kawan-kawan dan suami saya telah pergi ke pusat ini untuk mendapatkan rawatan.. Alhamdulillah mereka sembuh.
Doktor Hashimah, Doktor Pakar dari Sungai Petani, Kedah.
Penyakit : KRONIK
*********************************************************************************************************************
TESTIMONI
Saya Tan Seri Datuk Abu Bakar Jamal dari Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor men ghidap Bisa Dalam Kepala yang amat teruk. Puas sudah saya membuat rawatan moden di salah sebuah hospital swasta yang terkenal tetapi tidak berhasil. Setelah mendapatkan rawatan ini di Hotel Concorde Shah Alam oleh Ustaz Fadzly yang saya undang khas ke sini melalui Kaedah Pembedahan Batin, Alhamdullillah saya sembuh seperti sedia kala dan dapat meneruskan kerja-kerja harian saya seperti sediakala.-- Shah Alam Selangor. Kepada sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan dan pelbagai penyakit kronik sila datang ke Pusat Rawatan ini, untuk menerima rawatan.
Tan Seri Datuk Abu Bakar b. Jamal, Shah Alam, SelangorPenyakit : Barah Otak
***********************************************************************************************************************
PENYAKIT JANTUNG KRONIK
“ Saya telah menjalani beberapa kali pembedahan by past di hospital Swasta di Penang namun keadaan saya makin tenat hingga tidak dapat berjalan. Saya telah diberitahu oleh beberapa orang doktor kenalan saya untuk mendapat
rawatan di pusat ini. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan Pembedahan Batin saya pulih sepenuhnya melalui gambar x-ray yg saya perolehi dari hospital swasta tempat saya mendapat rawatan dahulu. Kini saya boleh bergerak aktif seperti sediakala. Di sini saya syorkan para pesakit jantung cubalah untuk mendapatkan rawatan di pusat ini. “
Doktor Rosli (UNIKL, Kulim, Kedah )
PENYAKIT JANTUNG KRONIK
***********************************************************************************************************************
” Saya baru berumur 25 tahun dan baru berkahwin 3 bulan tetapi malangnya saya tidak dapat memuaskan isteri saya kerana masalah tenaga batin saya sehingga kami hampir-hampir bercerai. Alhamdulillah setelah mendapat
rawatan saya pulih seperti lelaki lain dan dapat menyelamatkan rumah tangga kami. Kini saya telah mendapat seorang anak. Alhamdulillah. “
Rushdie Ali ( Sungai Petani, Kedah)
MASALAH TENAGA BATIN
**********************************************************************************************************************
Saya Syed Mohd Faizal bin Syed Hussin dari Shah Alam Selangor, menghidap penyakit Bisa Dalam Badan yang tidak dapat dirawat oleh rawatan moden. Alhamdullillah setelah mendapat rawatan di Pusat Rawatan ini saya pulih seperti sediakala dan dapat mengerjakan Haji bersama keluarga pada Tahun 2010
Syed Mohd Faizal b. Syed Hussin, Shah Alam Selangor
Penyakit : Sistem Saraf
***************************************************************************
Saya Datuk Abdul Aziz bin Kassim dari Shah Alam Selangor menghidap Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Kronik. Setelah membuat rawatan melalui Ustaz Fadzly, penyakit saya beransur sembuh.
Datuk Abdul Aziz bin Kassim, Shah Alam, Selangor
Penyakit : Darah Tinggi dan Kencing Manis.
***************************************************************************
Saya Datuk Rozlan b Abdul Rahman dari Bukit Jalil Kuala Lumpur serta rakan-rakan saya yang lain telah menerima rawatan di Pusat ini yang menghidapi pelbagai jenis penyakit setelah menerima rawatan saya dan rakan-rakan beransur sihat..
Datuk Rozlan b. Abdul Rahman, Bukit Jalil Kuala Lumpur
Penyakit : Kronik
***************************************************************************
                   Saya Sapiah bt Abdul Aziz dari Bukit Timah Singapura setelah melihat rawatan kaedah ini di salah satu stesyen TV Singapura telah datang ke Pusat ini untuk membuat rawatan Membuang Saka Keturunan, Alhamdulillah saya pulih sepenuhnya.
Sofiah bt Abdul Aziz, Bukit Timah, Singapura
Penyakit ; Saka Keturunan
***************************************************************************
                   Saya Fatin Nazifah dari Taman Aman Jaya Sungai Petani menghidapi penyakit Tekanan Emosi dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran setelah dibawa oleh keluarga saya untuk mendapatkan rawatan di pusat ini saya pulih, alhamdulillah.. saya kini telah dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Fatin Nazifah, Sungai Petani, Kedah
Penyakit : Tekanan Emosi
*******************************************************************************************************************
Masa ustaz letak keris kat kepala mak, mmg menggelitik mak kesakitan, adesss...kesian tgk, terangkat kaki.....ustaz kata penyakit akan keluar terus dan kita boleh tengok, pesakit akan berhenti menggelupur...
Dari kepala, ustaz letak keris kat tempat lain yang ada sakit, mcm mak, ada usus bengkak yang menyebabkan perut buncit dan masalah kenc*ng, so ustaz letak kat tempat sakit tu, menggelupur kejap, then berhenti....
1024x1024-...
Ada lebih kurang 4 fasa perubatan tu,
Fasa 1: Check dulu BP berapa dan cek saraf kalau ada problem, cara cek saraf? Ustaz akan lentikkan jari kelingking kita, kalau kita bertindakbalas sakit, maknanya saraf ok, kalau takde tindakbalas or tak rasa sakit, maknanya something wrong..Ustaz juga akan cek problem lain yang berkaitan. Kalau perlu pembedahan batin, ustaz akan maklumkan....kena bedah.
Fasa 2: Pembedahan batin, guna keris dan raja kayu
Fasa 3: Berurut kalau perlu (untuk wanita, isteri ustaz akan urut kan, betulkan rahim dsb, kalau lelaki, ustaz lah yang urut)
Fasa 4: Block sakit or gangguan halus dari mai semula....
Ustaz juga tunjukkan cara nak cek kita ada ke takde kencing manis pulak, tekan daging betul2 kat atas tulang kering betis kita tu, then tgk kesan tekan tu, kalau cepat naik, ok..kalau lambat naik kesan lekuk tu or kesan lekuk tu dalam, maknanya adalah kencing manis...
Asben aku ada masalah saraf dan masalah bengkak usus gak, ustaz kata sebab selalu tahan kenc*ng, hish abang ni....dulu dah kena batu karang, ni tahan2 lagi kencing tu....
Ustaz pun ada ajarkan amalan doa dan ayat-ayat quran yang bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, etc. Apapun, kalau yang dibelajar tu tak dapatlah aku nak kongsikan sebab menurut ustaz, belajar ilmu2 tu kena lah berguru dengan betul, kalau takat sampai2kan by kawan2, takut berlaku kesalah fahaman ke apa ke kang susah pulak kan....
Selesai berubat mak...
Macam-macam cerita ustaz kongsikan, macam2 jugak aku ngan laki ku tanya.....ada orang kena buatan orang,
ada jugak sorang anak dara tu kena leukimia sampai botak kepala, tak boleh makan 2bulan, jumpa ustaz terus baik, dan lepas berubat terus mintak nasik....kesian...2 pinggan dia hantam...iyolah, lapar sangat....masalahnyer doktor scan banyak kali tapi tak dapat trace kenapa dia sentiasa sakit kepala....bila sakit sgt, dia hantuk kepala kat dinding sampai bengkak2 sebab hantukan tu...
masalah lain, kalau nak rundingan untuk suami isteri dan masalah rumahtangga pun boleh...
susah nak pregnen pun boleh...
susah jodoh pun boleh usahakan....
Testimoni?
Sekarang mak mmg dah semayang berdiri, walaupun sakit sikit lutut pada rakaat pertama dengan kedua, tapi bila masuk rakaat ketiga ngan keempat, dah ok, tangan mak yang keras bengkak tu pun dah better, boleh genggam sikit dah....Semoga mak akan sembuh, aminnnn.....sayang mak....
kalau ada yang berminat, bolehlah try search kat google nama pusat perubatan islam al-mustaqim....website tu anak ustaz yang form 1 tu buatkan, pusat perubatan tu pun sempena nama dia...genius budak ni, gifted aku rasa sbb kecik2 dah pandai pasang pc, godek pc, kat rumah diaorg ada 4 pc..semua dia pasang sendiri dan dia boleh repair kete 'antik' bapak dia...baru form 1 tu....ni contact num...
USTAZ TABIB ISLAM HJ FADZLY AMEERPUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUSTAQIM LOT23 @ LOT 24, SG SELIANG ATAS, 09600 LUNAS, KULIM, KEDAH.
TEL : 012 – 497 2877P/S: Ustaz tak sediakan ramuan ubat, dia akan bagi resepinyer untuk kita buat sendiri...ramuannya semua yang senang kita carik, in fact yang kita guna hari2, tapi kalau sakit lain, lainlah ramuannya agaknya...Testimonials
" Saya mengalami penyakit gangguan dalaman, saya telah puas berubat di hospital namun tiada sebarang kesan. Saya juga telah menemui beberapa orang bomoh dan dukun serata Semenanjung tetapi tidak dapat mengeluarkan saka daripada tubuh saya. Alhamdulillah setelah mendapat petunjuk daripada Rancangan Expose Mistik Terbitan ASTRO saya terus datang ke
pusat ini untuk mendapatkan rawatan. setelah dirawat saya pulih sepenuhnya. Bayaran yang dikenakan murah dan amat berpatutan dan mampu dibayar oleh semua orang. "
Datin Seri Junaidah bt Ismail ( Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur)
*********************************************************************************************************************
PENYAKIT JANTUNG KRONIK
"Saya telah menjalani beberapa kali pembedahan by past di hospital Swasta di Penang namun keadaan saya makin tenat hingga tidak dapat berjalan. Saya telah diberitahu oleh beberapa orang doktor kenalan saya untuk mendapat rawatan di pusat ini. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan Pembedahan Batin saya pulih sepenuhnya melalui gambar x-ray yg saya perolehi dari hospital swasta tempat saya mendapat rawatan dahulu. Kini saya boleh bergerak aktif seperti sediakala. Di sini saya syorkan para pesakit jantung cubalah untuk mendapatkan rawatan di pusat ini.
OTHMAN BIN SALLEH
WOODLAND, SINGAPURA
*********************************************************************************************************************
BARAH PAYUDARA DAN BARAH RAHIM
FAZIDAH BT HAMZAH ( Dr Petagas,Kota Kinabalu Sabah ) - bertugas di Jabatan Pendidikan Kota Kinabalu )
- Menghidap Barah Payudara yang Serius dan Barah Rahim serta Bisa-bisa Badan, puas sudah saya membuat rawatan di seluruh Sabah namun makin parah. atas petunjuk Allah saya terbaca di laman Web Ustaz Fadzly tergerak hati saya untuk datang membuat rawatan di Lunas,Kulim Kedah. Walaupun jauh dan memerlukan wang yang banyak tapi saya yakin kebesaran Allah. saya menerimarawatan di sini selama 3 hari. Alhamdulillah saya beransur sembuh dan boleh bekerja seperti biasa. saya amat berterima kasih atas layanan Ustaz Fadzly dan isteri dengan penuh kesabaran merawat saya. Insya Allah saya akan datang kembali membawa adik dan rakan-rakan saya.
*********************************************************************************************************************
PENYAKIT GANJIL DAN SISTEM SARAF
RUNIZAN B. AHMAD ( Dr. Taman Sinar Mentari. Bedong Kedah) bertugas sebagai Eksekutif PETRONAS
- Saya mengalami penyakit gangguan Sistem Saraf. Isteri saya Puan MUSDIANA BT MOHD SALLEH bertugas sebagai Pensyarah di UITM Merbok yang mengalami penyakit Fibroid serta anak lelaki kami mengalami penyakit selepas berkhatan berbulan-bulan tidak mahu sembuh. Alhamdulillah selepas mendapat rawatan di pusat ini kami sekeluarga sepenuhnya. Alhamdulillah kami dapat mengerjakan umrah pada tahun ini dengan sempurna.
********************************************************************************************************************
BARAH DI PANGKAL LEHER DAN KENCING MANIS DAN PARU-PARU BERAIR
JASNI BIN BASHIR ( Dari Kg Tersusun Jelapang,Ipoh, Perak )
- Saya akan dibedah oleh pihak hospital swasta dan tarikh telah ditetapkan. kalau tidak dibedah hayat saya mungkin pendek. Saya dengan penuh yakin pergi ke pusat rawatan ini untuk mendapatkan rawatan dan setelah dirawat, Alhamdulillah semuanya pulih seperti biasa.Pihak hospital telah memanggil saya kerana telah membuat temujanji. Setelah pemeriksaan dijalankan pihak hospital terkejut, saya telah sembuh tanpa perlu menjalani pembedahan.
********************************************************************************************************************
PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK
HANISAH BT SHAHBUDIN (Dari Taman Mas, Ulu Cepur, Ipoh Perak)
- Saya telah menjalani hemodialisis seminggu 2 kali sejak beberapa tahun yang lalu kerana menderita penyakit buah pinggang. Saya telah terbaca Laman Web Pusat Rawatan Al Mustaqim lalu terpanggil untuk mendapatkan rawatan di pusat ini. Alhamdulillah kini saya telah sembuh dan saya tidak perlu menjalani hemodialisis lagi.
UNTUK kETERANGAN LANJUT DAN MEMBUAT TEMPAHAN
SILA HUBUNGI:
USTAZ ( TABIB ISLAM ) Hj. Fadzly Ameer
Alamat: Lot 23 @ Lot 24,
Sungai Seluang Atas,
09600 Lunas, Kulim,
Kedah.
H/P: 012.- 4972877

http://ameerfadzly.tripod.com

Soaljawab bedahbatin

Pembedahan Batin

Assalamualaikum ustaz,
Pembedahan batin telah muncul sebagai teknik perubatan yang semakin popular dalam masyarakat kita. Ia sering kali dijadikan alternatif kepada pembedahan biasa untuk penyakit-penyakit yang melibatkan ketumbuhan dan barah. Pada luaran dan zahirnya, pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat alquran dan tidak memperlihatkan ciri-ciri yang boleh diragukan dari sudut syara’ (Contoh: kemenyan, jampi serapah dan sebagainya). Apa pandangan Majlis Ulama ISMA dalam isu ini?
Jawapan :
Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,
Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.
Sebelum saya memperincikan jawapan soalan di atas, terlebih dahulu saya ingin mendekatkan saudara dengan pengalaman yang dilalui oleh beberapa pesakit yang pernah mendapat rawatan tersebut. Tujuan saya adalah untuk memastikan adakah rawatan alternatif ini benar-benar menepati kaedah syara’ ataupun tidak. Saya perturunkan beberapa pengalaman yang dilalui oleh mereka seperti di bawah :
Pesakit 1
Encik Ibrahim (bukan nama sebenar) pernah mendapat rawatan ini. Beliau menceritakan pengalaman peribadinya sewaktu beliau dibedah secara batin.Katanya cara dia bedah macam doktor..dibelah dengan keris kecil (besi kuning) , lepas itu potong urat (terasa macam kena gentik pada perut), lepas itu digunting, dijahit…darah tak nampak…tapi beliau seorang sahaja yang nampak urat yang telah dipotong dan darah yang memancut tu… kita tak nampak darah, tapi boleh rasa kena hiris, kena jahit, urat kena potong…pedih pun ada, ngilu pun ada, macam kena jentik pun ada.. Bayarannya terpulang kepada keiklhlasan pesakit, katanya beliau merawat secara ikhlas bukan bertujuan komersial. Pengamal menggunakan alat bedah seperti keris kecil, alat jahit dan gunting. Alat itu beliau tak beli dari mana-mana kedai, tapi datangnya dari dunia ghaib (dihantar atas sejadah masa sembahyang). Katanya beliau sembuh sehingga ke hari ini.
Pesakit 2
Pada tarikh 25hb Feb 2009, Encik Fauzi (bukan nama sebenar) menziarahi pesakit kanser kolon yang meninggal. Belum pun genap satu tahun selepas rawatan kemoterapi mengunakan 5-Flurouracil.
Pada hari yang sama juga, beliau ditunjukkan klip rakaman pembedahan batin ke atas pesakit itu, dilakukan sehari sebelum dia meninggal dunia. Bayaran pembedahan RM10,000. Keluarga berpuas hati kerana telah berikhtiar habis-habisan.
Adakah beliau percaya? Apabila melihat, beliau yakin pembedahan dilakukan, tetapi di luar kemampuan manusia biasa. Rumusan beliau, pembedahan dilakukan dengan bantuan lain. Kanser yang dihidapi pesakit sudah begitu teruk, menghalang perjalanan makanan dalam usus. Risiko telah diberitahu kepada pesakit serta keluarga dan mereka telah menandatangani surat menanggung risiko di atas diri sendiri.
Di dalam hati beliau bertanya sama ada pembedahan sebegini mengambil kira margin keselamatan (safe margins) atau tidak. Mungkin tidak, kerana ada pesakit kanser payudara yang beliau jumpai di klinik, mendapat kanser berulang selepas dibuang ketumbuhan secara pembedahan batin semasa mula menjumpai ketulan kanser di payudara. Akhirnya, kena terima kemo yang kuat dan kanser sudah merebak ke paru-paru dan tulang.
Kita dapat merumuskan beberapa persoalan yang timbul daripada pengalaman mereka di atas :
1. Adakah Pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran ketika memberi rawatan dan tidak diragui dari sudut syara’ ?
2. Adakah Pengamal tersebut menggunakan khidmat khadam ghaib untuk menyembuhkan pesakit ?
1. Adakah Pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran ketika memberi rawatan dan tidak diragui dari sudut syarak ?
Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab sebagai Ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan. Ini dapat kita lihat daripada sumber periwayatan Imam Muslim yang menyatakan :
ﻋَﻦْ ﻋَﻮْﻑِ ﺑْﻦِ ﻣَﺎﻟِﻚٍ ﺍﻟْﺄَﺷْﺠَﻌِﻲِّ ﻗَﺎﻝَ : ‏« ﻛُﻨَّﺎ ﻧَﺮْﻗِﻲ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ ﻓَﻘُﻠْﻨَﺎ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻛَﻴْﻒَ ﺗَﺮَﻯ ﻓِﻲ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺍﻋْﺮِﺿُﻮﺍ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭُﻗَﺎﻛُﻢْ ﻻَ ﺑَﺄْﺱَ ﺑِﺎﻟﺮُّﻗَﻰ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﻓِﻴﻪِ ﺷِﺮْﻙٌ »
Maksudnya :
Daripada Auf bin Malik r.a berkata:
“Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi s.a.w. : Ya ! Rasulullah S.A.W. apakah pandangan anda tentang jampi ? lalu baginda S.A.W. meminta kepada mereka agar mereka memperdengarkan jampi yang digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda S.A.W menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik”.
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab La Ba’sa bi al-Ruqaa, Hadis bernombor 4079)
ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﺍﻟﺰُّﺑَﻴْﺮِ ﻭَﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺟَﺎﺑِﺮَ ﺑْﻦَ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻟَﺪَﻏَﺖْ ﺭَﺟُﻼً ﻣِﻨَّﺎ ﻋَﻘْﺮَﺏٌ ﻭَﻧَﺤْﻦُ ﺟُﻠُﻮﺱٌ ﻣَﻊَ ﺭَﺳُﻮﻝِ
» ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃَﺭْﻗِﻲ ﻗَﺎﻝَ : ‏« ﻣَﻦْ ﺍﺳْﺘَﻄَﺎﻉَ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﺃَﻥْ ﻳَﻨْﻔَﻊَ ﺃَﺧَﺎﻩُ ﻓَﻠْﻴَﻔْﻌَﻞْ
Maksudnya :
Abu Zubair berkata : Aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah S.A.W. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah S.A.W. ! bolehkah aku jampi ? Baginda S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4076)
Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Seorang Sahabat, Jabir R.A memberitahu Rasulullah S.A.W bapa saudaranya pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda S.A.W terus melarang amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir R.A kemudian menemui baginda S.A.W dan memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah mendengar, baginda S.A.W menjawab, “sekiranya ada di antara orang Islam yang berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian” .
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4077)
Dalam peristiwa ini baginda S.A.W mula-mula menegah bapa saudara Jabir R.A melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda S.A.W membenarkannya apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Daripada sumber ini, para ulama’ telah meletakkan beberapa syarat terhadap penggunaan jampi mentera atau serapah yang dibolehkan dan digunakan :
1. Menggunakan ayat al-Quran.
2. Menggunakan bahasa yang difahami.
3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Berbalik kepada amalan tradisi kita yang menggunakan ayat-ayat al-Quran oleh Pengamal perubatan alternatif tidak semesti membuktikan apa yang dilakukan oleh individu yang terlibat adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Dalam jampi mantera serapah Melayu, sebahagian daripada jampi yang dituturkan ketika melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, sebutan nama nabi, nama-nama khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut.
Walaupun demikian di tengah-tengah jampi, mantera atau serapah tersebut, dipanggil nama-nama jin, yang “diperintahkan” datang, mengganggu orang-orang tertentu, merasuk, menguasai roh orang berkenaan membolehkan orang yang berkenaan hilang akal, sasau atau sebagainya dengan izin Allah.
Sebutan-sebutan terhadap jin atau jin-jin itu dituturkan dengan perlahan, yang hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri sahaja, tidak difahami atau didengar dengan jelas oleh pelanggan yang berada di hadapannya. Ungkapan kata yang berunsurkan Islam disebut dengan kuat dan jelas pada permulaan juga pada akhir jampi.
Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat al-Quran, kandungan Hadith ataupun doa dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam. Kalimah-kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi mantera ataupun serapah.
Penggunaan ayat-ayat al-Quran seperti dijelaskan, juga kalimah-kalimah yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Islam pada hakikatnya lebih banyak mengelirukan. Dalam banyak hal, kalimah-kalimah tersebut dicampuradukkan dengan nama-nama jin yang tidak diketahui hakikatnya, juga kata-kata yang tidak difahami maknanya, tidak dapat ditafsirkan dengan tepat.Ungkapan seperti ini terdapat dalam jampi, mantera dan serapah yang digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, terutama untuk rawatan dan persembahan teater tradisional.
Penggunaan kalimah-kalimah Allah yang diselit-selitkan dengan nama malaikat, Nabi, kalimah syahadah di samping sebutan nama jin dan syaitan merupakan perbuatan menghina atau mempersenda keagungan Allah yang diistilah sebagai istihza’ malah dalam ungkapan jampi pengasih misalnya, penggunaan kalimah-kalimah tersebut bagi tujuan jahat, menundukkan seseorang supaya jatuh kasih kepadanya menyebabkan mangsa rindu dendam, tertumpu akal fikiran dan ingatannya kepada orang yang memuja.
Walaupun demikian, kerana ungkapan tadi selalunya dituturkan dengan cepat, suara perlahan dan sukar didengar dengan jelas, selain kalimah Bismillah di awal kata, diikuti sebutan salam dan kalimah syahadah di akhir ungkapan, maka ia akan menimbulkan anggapan bahawa apa yang dibaca oleh penutur adalah terdiri daripada ayat-ayat al-Quran.
Di bawah ini diperturunkan satu rangkaian kata jampi pengasih sebagai contoh:Bismi ‘Llahi ‘r-rahmani r-rahim; bismillah urat daun; bismillah tembakau cina; bismillah asap pucuk; hei jin segala jin; pergi ambil hati (dengan menyebut nama mangsa dan nama ibunya); hantar mari kat aku; kalau tidak aku sumpah engkau; sumpah baginda rasulullah; dengan baginda rasulullah; dengan berkat doa; la ilaha illa ‘llah; muhammad ‘r-rasulullah.........

http://muis.org.my/2010/03/pembedahan-batin/

Rabu, 15 Mac 2017

Harian metro 15 mac 2017

Kuala Lumpur: Mengapa sampai ada kambing yang dikorek biji mata, dipatahkan tengkuk dan mulut dirobek? Itu persoalan yang menyebabkan pemilik Wasilah Farm, di Kampung Tasek Alai, Gemerih, Segamat, Ariffin Sabirin, 47, buntu.

Sejak Oktober 2015 sehinggalah pada 8 Mac lalu, 220 kambing yang dipelihara mati, kebanyakannya dalam keadaan mengerikan seperti itu sehingga terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.

Menurut Ariffin, pada awalnya dia menyangka kambing peliharaannya mati kerana sakit atau dijangkiti virus.

“Pemeriksaan awal mendapati kambing-kambing ini mungkin terkena penyakit seperti jangkitan kuman dalam darah. Selepas itu semua kambing diberi suntikan vaksin.

“Bagaimanapun kejadian kambing mati berlaku berterusan hampir setiap hari dan cara kematiannya agak mengerikan.

“Ada antara kambing yang mati dipatahkan tengkuknya, dikorek biji mata, malah bahagian mulutnya seperti dimakan sehingga tinggal rahang. Lebih pelik apabila bedah siasat dijalankan, tiada setitik darah pun dalam badan kambing itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurut Ariffin, kambing mati bermula setelah dua bulan ladang ternakannya beroperasi.

“Tanah menempatkan kambing itu adalah milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Johor. Dengan sokongan pihak berkuasa, saya diberi hak guna tanah itu atas tujuan ternakan dan pembangunan sosio ekonomi daerah Segamat.

“Ia mula beroperasi pada Ogos 2015, namun sekitar Oktober 2015, setiap hari kami dapati pasti ada dua atau tiga ekor kambing yang mati. Kejadian itu berlarutan sehinggalah pada 8 Mac lalu dengan kebanyakannya mati dalam keadaan mengerikan,” katanya.

Ariffin berkata, sebagai ikhtiar, dia mencuba meminta bantuan daripada pengamal perubatan Islam Katanya, pemeriksaan di kawasan ternakan kambingnya menemui barangan mencurigakan seperti paku yang dibalut dalam kain hitam, taring harimau yang dibalut dengan kain merah, segumpal rambut serta tujuh batang kayu yang dikenali sebagai Kayu Patah Pinggang dalam kalangan bomoh sihir.

“Saya, keluarga dan pekerja ladang tersebut turut terkena tempias apabila ada kami mengalami penyakit misteri.

“Saya dan keluarga muntah-muntah selama tiga hari. Ubat daripada doktor tidak mampu merawat penyakit ini. Apabila minta bantuan pengamal perubatan Islam, baru kami beransur pulih. Ada juga antara pekerja saya yang berhari-hari demam tak kebah,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan keluarganya, Ariffin mengambil keputusan untuk tarik diri daripada mengusahakan ternakan kambing itu dan menjual kesemua kambing yang tinggal.

“Saya anggap bukan rezeki saya untuk mengusahakan perniagaan ini. Mungkin Allah mahu beri saya rezeki lain di masa depan. Sebelum ada kejadian yang tak diingini berlaku pada keluarga, saya fikir lebih baik jika saya tarik diri. Mungkin perkara itu yang dimahukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab menghantar sihir kepada kami,” Katanya.

Sebelum kejadian, Ariffin memelihara 400 kambing dan baki kambing yang masih hidup sudah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat pada Khamis lalu.

“Saya anggarkan sebelum 31 Mac, kambing-kambing ini habis dijual. Manakala bangunan di kawasan tanah tersebut saya wakafkan ke sekolah tahfiz Maahad Ibnu Mas’od,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 11:42 PM

Pusat Rawatan darussyifa

http://www.darussyifa.org/jenisrawatan.php

JENIS RAWATAN PENYAKIT
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.
Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.
Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.
1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

Risiko Pembedahan Batin

Thursday, January 5, 2012
LYAfrina at 2:26 PM

Proses Pembedahan Batin
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua rakan-rakan yang banyak support saya serta fedback yang saya dapat dari entri " Pembedahan Batin " baru-baru ni. Dan saya juga ucapkan terima kasih buat salah sorang blogger yang ingatkan saya ttg pembedahan batin ni agar tidak terpedaya dengan penipuan & kehilagan ribuan ringgit. Dan terima kasih kerana sudi kongsikan sekali v-deo pembedahan batin dibawah untuk rujukan saya.
Bila saya tgk v-deo ni... Serius ..saya sgt2 ngeri melihat proses pembedahan batin yang ditunjukkan dalam video ni..
Ok..kali ni saya nak share macam mana saya melalui pembedahan batin baru-baru ni. Memang jauh beza dengan cara pembedahan batin di dalam video ni. Takde menggunakan sebarang alat atau pon melakukan pembedahan real macam tu..melainkan menggunakan surah. Selain tu.. tempat saya terima rawatan ni tak menetapkan harga untuk jalani rawatan tu... Semuanya atas ikhlas dari hati..
Bersama saya yang menemani saya sepanjang proses tu ialah Fain, Mama & MIL.. Tempoh proses pembedahan tu dalam 10-15 minit jer. Dan sebelum proses pembedahan batin dijalankan, saya disuruh mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3 kali & selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali. Semasa proses dijalankan, saya hanya terbaring di katil (macam hospital jer)...dan tutup mata. Dan semasa proses pembedahan batin dijalankan, hanya dengan membaca surah al-quran. Sambil tangan org y merawat saya memegang di bahagian yang bermasalah. Saya difahamkan... setiap penyakit ada surahnya. (teringat racangan nasi lemak kopi o..dimana pusat perubatan darul syifa pon menggunakan surah untuk rawat pesakit) . Sepanjang proses tu... memang rasa seakan boleh rasa denyut2 laju mengalir di bahagian y disentuh,.. Ada rasa2 macam elektrik... saya x reti nak tafsir macamana.. Tapi ianya x menyakitkan...tapi .. ada rasa. Selepas selesai... sy perlu berehat selama 1 jam di katil yang disediakan selepas proses tu. Pada hari yang sama dengan saya ada 3 orang yang turut mejalani proses ni. Dan seorang tu ada ketumbuhan dalam otak,.. tapi dah ok dengan izin allah swt selepas beberapa kali mecuba kaedah altenatif ni.
Beberapa jam lepas proses ni..memang badan terasa letih macam betul2 lepas jalani pembedahan sebenar. Dan saya muntah banyak kali... beserta lendir-lendir & darah-darah beku lama. Rasanya darah beku kesan dari luka akibat tiub intubator. Setakat ni... ada sedikit perubahan +ve... Apa-apa pun, saya berdoa pada tuhan... hanya Dia yang menentukan segalanya. Jika ianya berkendak saya sembuh.. sembuhlah saya. Semuanya denga izin Allah.. Saya sebagai manusia, hanya mencuba n berusaha untuk mengubati diri.. Asalkan ianya x melanggar hukum syarak.
Setakat ini dulu perkongsian dari saya.. Insyallah..saya akan update dari masa ke semasa sebarang perubahan atau pun kesan selepas mencuba cara alternatif ni.. Buat masa ni, biarlah saya cuba dengan cara ni dulu, sebab saya dah agak fedup ke spital. Salah satu faktor... tubuh saya memang dah tak kebal nak terima treatment mahupun setakat injection.. Semua semua urat saya dah hancur... bahagian yang ada untuk ambik darah/masuk ubat/cucuk just bahagian leher & celah kankang.. Urat-urat bahagian tangan & kaki dah hacur. Huhu.. klo boleh ambik gambar, nak je tunjuk urat kat tangan ni.. Ntah apa2...tak nampak rupa dah...

UPDATE 2016
**Saya Mohon Maaf Pada Sesiapa Yang Bertanya Tempat Saya Berubat Ni...
Tempat Ini Sudah Tidak Beroperasi Kerana Pemiliknya Sendiri Mengalami Masalah kesihatan**

Setiap penyakit ada ubatnya


Setiap penyakit ada ubatnya

Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:
"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )
Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:
" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )
Hadis ini membatalkan banyak dari dakwaan orang yang menyatakan setengah penyakit susah diubatinya kerana ketiadaan ubat. Dan ubat yang ada tidak dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Kita beriman dengan hadis ini dan jelas bahawa penyakit tidak sembuh kerana ubat tidak sesuai. Dan penyakit boleh sembuh dengan ubat yang sesuai dengan izin Allah. Kadang-kadang penyakit boleh sembuh dengan memakan makanan yang biasa dimakan seperti buah dan sebagainya. Contohnya penyakit scuvy dapat disembuhkan dengan memakan banyak buah sitrus yang mengandungi vitamin C.
Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad : Dari Usamah bin Syarik, Nabi shallalahu alaihi wa sallam bersabda;
" Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya. Ini diketahui oleh sebahagian orang dan tidak diketahui oleh sebahagian lain"
[Al-Musnad (IV/2788), Juga diriwayat oleh Ibnu Majah no. 3436, Abu Dawud no. 3855, Tirmidzi No 2038. Sanad Hadis ini sahih dan terdapat jalur lain dari Ibnu Mas'ud]
Dalam Lafaz Lain;
"Sesungguhnyn Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit." Para sahabat bertanya " Penyakit apakah itu wahai rasulullah ?" Nabi menjawab " Ketuaan "'
Bertakwa bila tua akan tetap tua dan tidak payah bersusah payah untuk mengekalkan muda. Mungkin kulit nampak muda tetapi didalam badan semuanya sudah tua.

AKADEMI PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA

AKADEMI PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA`

PENGALAMAN MERAWAT JARAK JAUH (MAKRIFAT)
Bismillahirrahmanirrahim dan selawat serta salam untuk Junjungan baginda dan ahli bait.
Merawat cara jarak jauh saya lakukan bila keadaan terdesak sahaja yakni bila pesakit dalam koma, pesakit berada dalam ICU atau pesakit berada jauh tetapi ahli waris datang menemui untuk tujuan ini. Ada ketika saya lakukan rawatan makriat dalam diam memandangkan pesakit atau waris sememangnya tidak mempercayai kaedah ini dan pertolongan ini saya lakukan kerana Allah Taala jua.
Bayi baru lahir di sahkan jantung berlubang
Bayi ini merupakan anak saudara saya namun ibunya seorang staff nurse dan bekerja di Pusat Perubatan Glenneagle manakala ayahnya adalah Juru Farmasi, pakar dalam ujian darah, tidak begitu mempercayai kaedah rawatan Islam apatah lagi kaedah kebatinan makriat. Ibunya berkali-kali menyuruh agar meminta saya melakukan rawatan kaedah makrifat namun beliau mendiamkan diri.
Menurut doktor yang merawat bayi ini, bayi ini memerlukan tempoh sebulan untuk di rawat bagi memastikan jantungnya stabil. Walaupun sibapa mempunyai masalah kewangan namun beliau lebih sanggup mencari wang dan membayarnya kepada pihak hospital daripada berubat menggunakan kemukjizatan al Quran.
Kalau diikutkan hati, saya tidak akan melayani karenah mereka yang merendahkan martabat Tuhan. Allah Tuhan yang maha Esa maha berkuasa atas segala-galanya dan Dia akan mengizinkan keajaiban berlaku kepada hamba yang di redhai Nya melalui tangan para penyembuh spiritual. Mertua saya mendesak saya agar melakukan sesuatu yakni cara rawatan jarak jauh untuk cucunya ini dan jangan pedulikan pemikiran anak menantunya yang dah teracun dengan sistem perubatan barat yang nyata sesat dan menyesatkan.
Saya lembutkan hati dan tenangkan fikiran dengan solat. Biarlah keikhlasan menjelma terlebih dahulu agar usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Nya. Selesai solat, berwirid dan berzikir dan kedudukan masih di atas tikar sejadah, saya memulakan gerak makrifat dari Kaedah Penyembuhan Tapak Tangan dan Kaedah Penyembuhan Sunan Kalijaga. Di susuli dengan doa Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan Ismullah Al A`dzham , saya bermunajat agar Allah SWT mengabulkan doa saya dan menggerakkan kedua tangan saya melakukan terapi makrifat keatas bayi yang saya bayangkan berada di hadapan saya. Dia menggerakkan tangan saya yang tertempel nama Nya Al Fatah (Maha Pembuka) - yakni menyalurkan energi/aura/gelombang pemusnah ke kepala bayi ini (ubun-ubun) menerobos ke setiap urat saraf bagi membuka setiap sumbatan dan memastikan perjalanan darah berjalan lancar bagi memastikan kesempurnaan jantung bayi ini berfungsi seperti asal kejadian ciptaan Ilahi, ciptaan yang sempurna.
Gerakan kedua dari tangan yang tertempel nama Nya Al Muntaqim (Maha Penyeksa) , menyalurkan energi dari percikan gelombang api neraka yang membakar penyakit di bahagian jantung dan membakar jin dan syaitan yang menyekat perjalanan darah sehingga kesempurnaan ciptaan jantung bayi ini belum sesempurna mengikut jadual takdir asalnya.
Rawatan ini saya lakukan selama 7 hari berturut-turut dan hasilnya doktor membenarkan bayi ini pulang selepas mengesahkan keadaan jantung bayi ini sudah stabil iaitu lubang dijantung tertutup sendiri dalamasa 7 hari. Tempoh sebulan yang di beri oleh pihak hospital di singkatkan kerana mereka tiada apa-apa lagi rawatan yang perlu di lakukan kerana jantung berlubang sudah kembali normal.
Pesakit Stroke di ICU
Saya di datangi seorang lelaki menanyakan bolehkan pesakit di rawat secara jarak jauh. Menurut lelaki ini, pesakit itu adalah isterinya dan beliau tiba-tiba sahaja mendapat stroke tanpa ada tanda-tanda awal. Isterinya adalah seorang peniaga kedai makanan dan beliau adalah peniaga yang mula-mula berniaga di tapak bangunan kedai itu sebelum beberapa lagi peniaga makanan lain mula berniaga.
Kemudian lelaki ini memberitahu bahawa adiknya yang selalu berjumpa saya untuk belajar dan kerap membawa pesakit-pesakit lain yang menyuruh beliau berjumpa saya. Memandangkan pesakit baru sahaja diserang penyakit stroke ini dan berada di ICU, saya mendoakan air penawar untuk di sapu pada anggota yang sakit dan minum.
Tiga hari selepas itu, mereka suami isteri datang kerumah saya dalam keadaan isterinya kesakitan tercekik. Mereka sebenarnya datang dari Port Dickson , bersantai di sana untuk berendam dalam pasir mengikut petua orang yang kena stroke. Isterinya pulih setelah meminum air penawar yang saya bekalkan dan di sapu di anggota sakit. Kebetulan mereka singgah di Carrefour Ampang untuk makan tengahari dan semasa makan lah si isteri tercekik. Pada firasat saya, dia bukak tercekik tetapi di cekik oleh makhluk halus.
Penyakit stroke adalah akibat dari jin yang bernama Rihul Ahmar dan apabila jin sudah di usir dari tubuh dengan air penawar, pulih la badan. Air penawar adalah ubat paling mustajab kerana ia mudah dan cepat sebati dengan tubuh kerana komposisi tubuh pun adalah 70% terdiri dari air. Air yang di doakan ibarat asid bagi jin dan syaitan, sekiranya mereka kekal duduk di saluran darah, mereka akan kesakitan dan cedera teruk dengan hanya air. Panduan saya paling mudah sesudah pesakit sembuh iaitu kekalkan diri berada didalam keadaan berwuduk dan zikir atau selawat yang tidak putus-putus, bukannya susah kalau mahu pendinding diri tapi sebenarnya itu yang paling susah orang nak lakukan.
Pesakit hanya duduk di kerusi menahan kesakitan sambil menangis seperti kanak-kanak. Saya hanya meletakkan tangan kanan di ubun-ubun dan tangan kiri di bahagian leher, berniat, makriat dan zikir. Dalam 10 minit, pesakit nampak segar, kesakitan hilang serta merta dan beliau tidak menangis lagi. Pada saya jelas lagi nyata, kalau selepas diterapi dengan gelombang Nur Syifa ini, kesakitan hilang serta merta atau penyakit beransur baik maka yang menjadi penyakit itu adalah akibat kemasukan jin dan syaitan kedalam tubuh yang mengganggu sistem tubuh.
Banyak orang berkata, sikit-sikit jin, asyik-asyik jin. Dah memang kerja dia, kan Iblis meminta tangguh sampai hari kiamat untuk mengganggu anak Adam ni. Yang jarang kena penyakit apa pun terutama penyakit jantung adalah ahli zikir dan sentiasa kekal dalam berwudu. Mungkin yang tak percaya penyakit gangguan jin ini adalah manusia soleh yang macam ni lah. Hati dia sentiasa ingat Allah dan keje dia asyik nak solat aje.
Bila dapat berbicara, si isteri menceritakan bahawa dia syak sakit yang dia tanggung adalah akibat permainan sihir. Apa itu sihir?

Hj Wan Zul Al Qubra (h/p : 016 6353 601)